Hasbullah dilantik Ketua Polis Daerah Manjung baharu

MANJUNG – Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman secara rasminya memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Manjung yang baharu pada Isnin.

Hasbullah, 45, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah yang bertukar ke IPK Pulau Pinang dengan menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik).

Hasbullah dilantik Ketua Polis Daerah Manjung baharu Azizi perak IPD IPK warga kerja tugas
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung antara Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah dengan Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman dengan disaksikan Ketua Polis Perak, Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung itu disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, dekat sini.

Selain itu, turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Manjung yang baharu antara Norlima Abdullah kepada Intan Suhaida Ahmad dengan disaksikan Pengerusi Perkep Kontinjen Perak, Datin Wanita Wari.

Terdahulu, Azizi dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar warga kerja IPD Manjung dapat menjalankan tugas dalam keadaan harmoni serta dengan semangat satu pasukan.

Hasbullah dilantik Ketua Polis Daerah Manjung baharu Azizi perak IPD IPK warga kerja tugas

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung antara Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah dengan Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman dengan disaksikan Ketua Polis Perak, Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

“Saya menaruh kepercayaan dan mengharapkan Ketua Polis Daerah Manjung yang baharu dapat memastikan perkhidmatan IPD Manjung kepada masyarakat dapat diberatkan, supaya masyarakat dapat merasi ‘delivery’ (perkhidmatan) kita.

“Di samping itu, pastikan juga warga kerja IPD Manjung dapat bertugas dengan semangat kekeluargaan serta saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mohd Yusri sebak berucap pada Perhimpunan Pertukaran Ketua Polis Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI