Hati-hati tawaran umrah libatkan individu bergelar mawla – Na’im

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang ingin menunaikan umrah bersama-sama individu yang bergelar mawla dinasihatkan berhati-hati dengan tawaran berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, mana-mana individu yang berhasrat untuk mengerjakan umrah perlu menyemak terlebih dahulu dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengenai kesahihan program tersebut.

“Kita jangan terpengaruh dan taksub, kita kena hati-hati, ramai dalam kalangan umat Islam berhasrat untuk menunaikan umrah ada juga tertipu bukan dengan mawla pun.

“Kita jangan tertipu dengan gelaran seseorang dan semak dahulu dengan MOTAC sama ada yang hendak mengendalikan umrah itu ada dapat sijil daripada MOTAC atau Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Majlis Akad Nikah Rahmah 10 pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, mana-mana individu yang mendakwa ditipu agar membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Nasihat saya buat semakan secara terperinci agar kita tidak ditipu. Individu yang didakwa ditipu saya nasihatkan agar buat laporan supaya tindakan susulan itu boleh diambil,” katanya lagi.

Sebelum ini tular di aplikasi Telegram mengenai program ‘umrah dan ziarah bersama Mawla Muhammad Amin Al Hasani ke Kota Unik, Kota Madinah’ menjemput umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah.

Media semalam melaporkan sejumlah 100 mangsa penipuan pakej umrah termasuk peluang bertemu dengan seorang lelaki yang dikatakan sebagai ‘keturunan’ Nabi Muhammad SAW.

Menurut laporan tersebut, mereka tertarik dengan peluang untuk bertemu dengan ‘Mawla’.

Ada yang mendakwa mereka kerugian RM20,000 kerana penipuan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI