Hayati semangat Maal Hijrah, tinggalkan amalan zalim, fitnah – Anwar

IPOH – Rakyat di negara ini diminta untuk mengambil pengajaran melalui penghayatan semangat Maal Hijrah dengan meninggalkan amalan kezaliman, penindasan dan fitnah yang berleluasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat harus membersihkan diri daripada amalan-amalan buruk itu agar martabat bangsa dan negara dapat diangkat.

Ujarnya, melalui sirah Nabi Muhammad SAW, Maal Hijrah juga mengajar umatnya untuk bersatu-padu tanpa mengira latar belakang umur mahupun agama.

Maal hijrah semangat perdana menteri anwar ibrahim amalan zalim fitnah umat rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan NGO Pertubuhan Lima Generasi Malaysia di Ipoh Convention Centre (ICC). Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.

“Percayalah, dalam soal mempertahankan hak kedaulatan, saya tak peduli kamu maki berbakul pun, kamu kecamlah bagaimana, kamu humban dalam penjara, aku keluar, aku lawan tetap lawan.

“Kita harus mengangkat martabat kita. Mahu bersaing, kita harus mempunyai ilmu, tingkatkan erti keadilan, dan umat islam pula harus bersatu serta berkawan dengan yang bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Lima Generasi Malaysia di Pusat Kovensyen Ipoh (ICC), dekat sini pada Ahad.

Maal hijrah semangat perdana menteri anwar ibrahim amalan zalim fitnah umat rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Penubuhan NGO Pertubuhan Lima Generasi Malaysia di Ipoh Convention Centre (ICC).
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim; Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi serta Presiden Pertubuhan Lima Generasi Malaysia , Datuk Abdullah Ghani Kassim,

Tambah Anwar, semua NGO juga digesa meneladani semangat Maal Hijrah dengan meninggalkan amalan berbalah sesama sendiri, serta bersama-sama kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan rakyat.

Perdana Menteri berkata, ketika ini negara sedang mengejar perkembangan global terkini melalui peningkatan pelaburan, tenaga mahir serta kemajuan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI).

Maal hijrah semangat perdana menteri anwar ibrahim amalan zalim fitnah umat rakyat negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan NGO Pertubuhan Lima Generasi Malaysia di Ipoh Convention Centre (ICC). Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.
negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Penubuhan NGO Pertubuhan Lima Generasi Malaysia di Ipoh Convention Centre (ICC). Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.

“Kita perlu basmi kemiskinan rakyat, dan syaratnya mesti ada pimpinan anak muda, politik dan negara yang tolak kezaliman dan hentikan guna kuasa untuk memperkayakan diri, kerabat serta amalan sakau-menyakau ini.

“Ini masanya ketika kita bangun sebagai satu kekuatan dengan menunjukkan bangsa yang hebat itu, bangsa yang punyai nilai.

“Malah, bangsa yang hebat itu adalah bangsa yang mempunyai prinsip, kuat bekerja, serta mempertegakkan keadilan bagi negara dan masyarakat,” katanya lagi.

Terdahulu pada majlis, Anwar turut menyaksikan penyampaian sumbangan Pertubuhan Lima Generasi Malaysia kepada tiga pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 serta dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banyak fahaman, ajaran Islam berbeza macam ‘rojak’ – Agong

Fifi mahu jadi guru lahir lebih ramai anak Orang Asli berjaya

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI