HBP Perak Siri ke-6 rekod 224 aduan, tertinggi di luar Ipoh

TELUK INTAN – Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-6 di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap di sini merekodkan 224 aduan iaitu yang tertinggi telah diterima di luar Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri secara berterusan memberi komitmen untuk mendekati dan mendengar suara rakyat serta meneliti permasalahan yang dihadapi secara langsung melalui penganjuran program tersebut.

Menurutnya, daerah Hilir Perak dipilih sebagai lokasi keempat bagi penganjuran program ini di luar Ipoh, mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kerajaan.

Tambahnya, pada masa sama memberi peluang yang lebih setara kepada rakyat di pelbagai kawasan, supaya mereka dapat menikmati manfaat program ini dengan lebih dekat.

“Sehingga pelaksanaan siri kelima, kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah 548 aduan, dengan 466 daripadanya 85 peratus telah berjaya diselesaikan, manakala baki 82 aduan 15 peratus masih dalam proses tindakan susulan.

“Penganjuran HBP kali ini melibatkan 64 kaunter khidmat pelanggan dan 2 kaunter bergerak, disertai dengan Jualan Murah dan Jualan Rahmah.

HBP Perak Siri Ke-6 rekod 224 aduan, tertinggi di luar Ipoh
Suasana sekitar Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Keenam Tahun 2025 di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 OGOS 2025.

“Ini bertujuan untuk memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan kerajaan serta mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan bagi meringankan beban kos hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Mesra HBP Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-6 di Dewan MPTI, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Saarani memaklumkan, sebagai inisiatif tambahan, Program Penukaran Minyak Hitam Percuma oleh GIATMARA Teluk Intan dan Program Gunting Rambut Percuma oleh GIATMARA Bagan Datuk turut diadakan.

“Dengan kuota terhad kepada 50 orang bagi setiap perkhidmatan, memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati manfaat ini secara langsung,” ujarnya.

Terdahulu, beliau telah merasmikan Jelajah Promosi Price Catcher sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2025, satu inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan aplikasi Price Catcher kepada warga pengguna di Perak sebagai platform untuk memudahkan perbandingan harga dan memberi kuasa kepada pengguna dalam membuat keputusan pembelian yang lebih bijak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

HBP diteruskan demi rakyat meskipun kehadiran ‘merosot’ – MB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI