Henti jual produk guna label antiminyak sawit, KPDN ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati masih terdapat premis di negara ini yang menjual produk-produk yang menggunakan label bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit (DLAPO).

Sedangkan, ungkapan atau petunjuk yang berunsur antiminyak sawit dalah dilarang dipakai dalam perdagangan atau perniagaan berdasarkan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit ) 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) yang berkuat kuasa pada 15 Mac 2022.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut bileh dedenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun.

“1,024 hari telah berlalu sejak peraturan tersebut mula diperkenalkan. Ribuan pemeriksaan dijalankan oleh KPDN seluruh negara bermula 15 Mac 2022 dan mendapati terdapat premis yang menjual produk-produk berlabel DLAPO.

“Sepatutnya tempoh dua tahun telah cukup untuk pihak terlibat mengambil tindakan sewajarnya seperti mengeluarkan secara sukarela produk-produk DLAPO dari rak-rak penjualan,” katanya pada Seminar Kesedaran Melibatkan Pelabelan DLAPO di sini.

Lantaran itu, Kementerian Perladangan dan Komoditi menggesa pihak-pihak terlibat menghentikan sepenuhnya sebarang bentuk pengimportan dan penjualan produk yang mempunyai label DLAPO.

Ia kerana, selepas ini sebarang aktiviti penampalan label DLAPO tidak akan diterima lagi oleh KPDN dan tindakan tegas akan dikenakan mengikut peraturan semasa.

Kementerian Perladangan dan Komoditi turut menyeru masyarakat Malaysia lebih peka apabila membeli barangan di pasaran.

Sekiranya terdapat sebarang produk yang menggunakan pelabelan yang meragukan atau ‘No Palm Oil’ laporan atau aduan boleh disalurkan kepada kementerian untuk tujuan penguatkuasaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI