Hentian masjid saji juadah percuma untuk musafir

MASJID bukan sekadar tempat ibadah, malah berfungsi sebagai pusat komuniti yang menyatukan masyarakat di samping menyantuni keperluan orang ramai tanpa mengira pelbagai latar belakang.

Menurut para sarjana, sejak daripada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, masjid merupakan pusat kebajikan, pendidikan serta persinggahan para musafir daripada pelbagai pelusuk kawasan.

Mahu memudahkan urusan sesama manusia. Itulah semangat yang diterjemahkan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah, Kampung Batu Tiga, Temoh di Tapah melalui inisiatif penyediaan makanan percuma di Hentian Mesra Musafir sejak lima tahun lalu.

Hentian Mesra Musafir Masjid Al-Hidayah masjid sedia makanan percuma musafir, Hentian Mesra Musafir Tapah, Masjid Al-Hidayah Kampung Batu Tiga, juadah percuma di masjid, dakwah bil hal masjid
Hentian Mesra Musafir yang diusahakan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah menyediakan makanan percuma kepada musafir sejak lima tahun lalu, tanpa mengira latar belakang agama dan kaum, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Abdul Aziz Abd Rahman, 61, berkata, idea mewujudkan Hentian Mesra Musafir tercetus selepas satu peristiwa menyentuh hati ketika negara berada pada awal tempoh pasca pandemik COVID-19.

Katanya, ketika itu seorang wanita yang kurang berkemampuan bersama dua anak kecil telah singgah sebentar di masjid selepas selesai urusan pengebumian suaminya di Kedah.

Hentian Mesra Musafir Masjid Al-Hidayah masjid sedia makanan percuma musafir, Hentian Mesra Musafir Tapah, Masjid Al-Hidayah Kampung Batu Tiga, juadah percuma di masjid, dakwah bil hal masjid
Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Abdul Aziz Abd Rahman, 61, ketika temubual bersama MG Perak di Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

“Wanita itu menumpang untuk menunaikan solat dan salin lampin anak. Secara kebetulan kami lihat dia dalam keadaan serba kekurangan, dan kami mengajak mereka makan di masjid.

“Saya tengok mereka cukup berselera walaupun kami hanya beri makanan lauk kampung. Ia seolah-olah kelihatan tiga beranak ini sudah lama berlapar.

“Ia cukup menyentuh hati saya dan bermula daripada saat itu saya cadangkan kepada AJK untuk kita kumpul wang sedikit demi sedikit untuk bangunkan tempat untuk musafir,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak di sini.

Hentian Mesra Musafir Masjid Al-Hidayah masjid sedia makanan percuma musafir, Hentian Mesra Musafir Tapah, Masjid Al-Hidayah Kampung Batu Tiga, juadah percuma di masjid, dakwah bil hal masjid
Orang ramai mengambil lauk pauk yang disediakan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah secara percuma ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

Menurut Abdul Aziz, sejak daripada itu, Hentian Mesra Musafir terus beroperasi dengan sokongan infak orang ramai dan sumbangan pelbagai pihak termasuk dari Kuala Lumpur dan Perlis.

Kata beliau, pendekatan santai dengan berteraskan nilai murni menjadikan suasana di Hentian Mesra Musafir lebih senangi orang ramai khususnya mereka yang kerap menggunakan laluan di Kampung Batu Tiga.

“Kami seronok apabila baca komen di media sosial dan dengar respon positif daripada mereka yang singgah di sini.

“Di sini, lepas makan, mereka perlu mencuci sendiri pinggan dan cawan selepas digunakan. Secara tak langsung kita didik orang ramai, termasuk anak-anak, supaya lebih berdisiplin.

“Selain itu kami juga tak halang sesiapa yang bukan Muslim jika untuk singgah di hentian masjid. Di sini mereka boleh nampak sendiri bagaimana orang Islam menyantuni tetamu dan berkongsi rezeki,” katanya lagi.

Orang ramai menikmati makanan percuma yang disediakan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

Juadah kampung hasil air tangan tenaga sukarela

Menurut Abdul Aziz, juadah yang disediakan kebanyakannya berasaskan kepada menu kampung seperti gulai lemak rebung, masak lemak pucuk paku, ikan keli, kari ikan air tawar serta bubur yang menjadi menu wajib.

Kata beliau, Hentian Mesra Musafir di kawasan masjid seluas 0.81 hektar itu mampu menerima lebih daripada 70 orang sehari, dengan waktu operasi bermula sekitar 11 pagi hingga 9 malam, bergantung kepada kehadiran pengunjung.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah bergotong-royong memasak lauk pauk untuk hidangan percuma kepada musafir dan orang ramai di Hentian Mesra Musafir, Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

“Untuk makanan percuma, kami sediakan bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad, ketika cuti am, dan sepanjang musim cuti sekolah.

“Pada hari Jumaat biasanya selepas solat kami akan menyajikan mi kari atau mi sup. Sabtu dan Ahad pula kami masak nasi berlauk. Kalau cuti sekolah, sepanjang tempoh cuti itu kami sediakan makanan percuma,” ujarnya.

Orang ramai mengambil lauk pauk yang disediakan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah secara percuma ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.
Taman permainan kanak-kanak yang disediakan di Hentian Mesra Musafir, Masjid Al-Hidayah, memberi ruang selesa kepada anak-anak pengunjung sementara ibu bapa menikmati makanan percuma ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

Tambah Abdul Aziz, selain 16 orang AJK, tenaga kerja di Hentian Mesra Musafir turut melibatkan golongan warga emas, pesara, ibu tunggal dan ahli kariah yang kesemuanya bekerja secara sukarela dan mengamalkan konsep gotong-royong.

Mengulas lanjut beliau memaklumkan, pengurusan Hentian Mesra Musafir tidak menggunakan dana masjid, sebaliknya ia bergantung sepenuhnya kepada sumbangan khusus.

Beliau berkata, dianggarkan sekitar RM300 kos minimum operasi harian di hentian itu diperlukan merangkumi pembelian barang asas makanan dan minuman.

Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah sedang melakukan persiapan menyediakan makanan percuma ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Hentian Mesra Musafir, Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

“Kita memang asingkan sumber kewangan. Kalau orang sedekah untuk Hentian Musafir, kita guna untuk itu sahaja. Jadi tak timbul isu guna duit masjid.

“Dan Alhamdulillah, setakat ini sumbangan orang ramai mencukupi untuk menampung keperluan di Hentian Mesra Musafir,” jelasnya.

Pendekatan dakwah ‘bil hal’

Abdul Aziz, selain menyantuni sifat manusiawi, antara misi utama di sebalik inisiatif Hentian Mesra Musafir adalah pendekatan dakwah ‘bil hal’ atau melalui kaedah perbuatan.

Beliau turut berharap agar lebih banyak masjid terutama yang terletak di tepi jalan utama dapat mencontohi usaha yang digerakkan di Masjid Al-Hidayah, Kampung Batu Tiga meskipun ia bermula dengan perkara kecil.

Orang ramai yang mengunjung ke Hentian Mesra Musafir boleh singgah beribadah dan berehat di Masjid Al-Hidayah, Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.
Hentian Mesra Musafir Masjid Al-Hidayah masjid sedia makanan percuma musafir, Hentian Mesra Musafir Tapah, Masjid Al-Hidayah Kampung Batu Tiga, juadah percuma di masjid, dakwah bil hal masjid
Orang ramai mengimbas kod QR untuk menyumbang derma seikhlas hati bagi menyokong operasi Hentian Mesra Musafir yang digerakkan hasil inisiatif Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Hidayah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Batu Tiga, Temoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 DISEMBER 2025.

“Tujuan utama kami sebenarnya untuk tarik lebih ramai orang untuk berkunjung ke masjid. Dan saya faham bahawa dakwah bukan hanya dengan ceramah, tapi turut melalui perbuatan.

“Apabila kita mempermudahkan urusan orang, terutama mereka yang kurang berkemampuan, itu juga sebagai usaha untuk kita menambah amalan selepas amalan wajib seperti solat.

“Walaupun sekadar sediakan air untuk musafir minum pun sudah cukup. Daripada situ kita akan dapat rasa nikmat bersedekah dan membantu orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, Masjid Al-Hidayah merancang menambah kemudahan tandas di bahagian parkir masjid bagi memudahkan musafir yang singgah atau bermalam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jangan jadikan masjid, surau sebagai ‘gajah tidur’ – Sultan Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI