Hentikan ‘Politik Sate’, fokus kepada perpaduan UMNO – Asyraf Wajdi

TAIPING – Budaya berpuak-puak dan mengadu domba dalam kalangan ahli serta pemimpin UMNO dikenal pasti antara punca utama kelemahan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan gejala itu sebagai ‘politik sate’, yang boleh merosakkan perpaduan parti apabila wujud golongan tertentu yang membolak-balikkan keadaan demi kepentingan peribadi.

“Saya tekankan kepada semua perwakilan bahawa untuk UMNO kembali kuat dan menang dalam pilihan raya, asas utamanya adalah kesatuan. Sebab itu cogan kata kita ialah ‘bersatu, bersetia, berkhidmat’.

“Tetapi malangnya, dalam UMNO wujud budaya ‘politik sate’, ada tukang cucuk, tukang kipas, tukang bakar, tukang balik ke sana sini, mengadu domba dan mewujudkan kabilah dalam parti serta sengketa sesama pemimpin,” katanya.

Hentikan ‘Politik Sate’, fokus kepada perpaduan UMNO – Asyraf Wajdi
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memukul gong simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JULAI 2025

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Sollehin Mohamad Tajie.

Asyraf berkata, budaya seumpama itu mesti dihentikan serta-merta kerana ia hanya mengalihkan fokus daripada matlamat perjuangan asal penubuhan UMNO.

“Kita perlu kembali kepada asas perjuangan, menjaga dan memelihara kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Jika kita lalai, budaya negatif ini akan terus melemahkan kita,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua MRSM laksana projek perintis warden bekas pegawai tentera, polis mulai Ogos

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI