Himpunan anti rasuah di ibu kota terkawal, hanya lebih 100 sertai

KUALA LUMPUR – Himpunan bertemakan ‘Rakyat Benci Rasuah’ di ibu kota, hari ini berlangsung dalam keadaan terkawal dan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata himpunan itu berlangsung dalam keadaan tenang, berikutan terdapat pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawasi sebarang kejadian yang melanggar undang-undang.

“Tujuan utama kita bukan hanya mengawasi peserta himpunan, namun apa yang lebih penting ialah menjaga keselamatan orang ramai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan pengunjung Dataran Merdeka,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan tinjauan, dianggarkan hanya lebih 100 peserta menyertai himpunan berkenaan yang bermula di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, kira-kira 2 petang tadi sebelum mereka berarak ke Dataran Merdeka dan bersurai pada 4.30 petang.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran himpunan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilapor berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap perhimpunan itu, sambil menekankan komitmen beliau dalam memerangi rasuah di semua peringkat.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI