Hindari isu yang boleh tiup api kebencian – Saarani

TAIPING – Rakyat Perak diingatkan agar mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan atau tutur kata yang boleh menimbulkan rasa curiga dan prasangka antara satu sama lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru masyarakat diminta untuk memperteguhkan semangat kebersamaan, ikatan perpaduan dan mengekalkan keharmonian yang telah dibina bersama selama ini.

“Hindarilah isu-isu yang boleh meniup api kebencian dan permusuhan dan sama-samalah kita menolak sentimen yang boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping, pada Ahad.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis anjuran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar berkata, penganjuran majlis berkenaan membuktikan keharmonian dan kerukunan rakyat berbilang kaum yang sentiasa mengekalkan semangat toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, ujar Saarani, walaupun petunjuk ekonomi membayangkan tahun 2024 sebagai tahun mencabar, namun kerajaan negeri mengajak semua pihak untuk berganding bahu memperkuatkan asas-asas ekonomi negeri.

“Ia supaya kita dapat sama-sama mencipta ruang dan peluang, supaya Perak kekal menjadi negeri yang makmur dan berdaya tahan.

“Saya percaya, dengan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat, serta jalinan kerjasama yang sangat baik antara  Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kita dapat membangunkan sebuah negeri yang aman dan stabil.

“Ia supaya rakyat tanpa mengira kaum dapat terus berkongsi rezeki, berkongsi kemakmuran dan berkongsi kejayaan bersama-sama,” katanya lagi.

Pada masa sama, Saarani menegaskan kerajaan negeri akan terus menggembleng usaha memelihara kestabilan, supaya setiap misi, gagasan dan sasaran digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030 dapat dijayakan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pak Wee gemar ‘melabun’ loghat Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI