TAIPING – Hospital Taiping sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada mayat dua lelaki tempatan yang masih belum dituntut selepas meninggal dunia minggu lalu
Pengarah Hospital Taiping, Dr Khuzaini Abd. Karim berkata, lelaki pertama bernama Abdul Rahim Abdullah dan berusia 85 tahun telah disahkan meninggal dunia pada 19 Mac lalu.
Menurutnya, alamat terakhir warga emas itu adalah di nombor 159A, Kampung Baru Sempadan, Jalan Keretapi Kampung Larut Tin, dekat sini.
“Sementara individu kedua bernama Lim Thiam Leong, berusia 46 tahun telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac.
“Alamat terakhir lelaki itu adalah di PT 2094, RPT Kampung Benggali, Lawan Kuda Lama, Jalan Simpang, dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Justeru, Dr Khuzaini meminta agar waris atau pihak yang mengenali dua invidu itu hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping, atau menghubungi talian 05-8204000 (sambungan 8045) bagi urusan tuntutan mayat serta maklumat lanjut. – MG Perak
Artikel Berkaitan: