TAIPING – Hospital Taiping mencari waris kepada mayat wanita yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital.
Dalam satu kenyataan memaklumkan pada Selasa, wanita bernama Husnol Hotimah, 52, warga Indonesia itu disahkan meninggal dunia pada 21 Disember lalu.
Katanya lagi, alamat terakhir wanita terbabit adalah di nombor 28, Tingkat Atas Stesen Bas Kamunting di sini.
“Sehubungan itu, pihak waris dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping atau menghubungi talian 05-8204000 (sambungan 8045) bagi urusan tuntutan mayat dan maklumat lanjut,” katanya. – MG Perak
Artikel Berkaitan: