Hujan berterusan tiga hari diempat negeri bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama mungkin terjadi di Sarawak yang membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah bermula pada Khamis ini hingga 22 Disember ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI