Hujan tak halang 20,000 pengunjung rai majlis Aidilfitri peringkat negeri

IPOH – Cuaca hujan tidak menghalang kira-kira 20,000 pengunjung pelbagai kaum untuk memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.

Sambutan program anjuran Kerajaan Negeri Perak ini yang turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian.

Hujan tak halang 20,000 pengunjung rai majlis Aidilfitri peringkat negeri
Orang ramai menjamu selera pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

Selain itu, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut.

Antaranya termasuklah, lemang dan rendang ayam, kambing golek, ayam goreng crispy, kebab, laksa, apam balik, ais batu campur dan air balang.

Pengunjung, S Sasikala, 37, dari Station 18 menyifatkan tradisi sambutan Aidilfitri ini perlu diteruskan setiap tahun kerana dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya gembira dapat bersama-sama meluangkan masa bersama keluarga untuk menghadiri majlis keramaian seperti ini.

Hujan tak halang 20,000 pengunjung rai majlis Aidilfitri peringkat negeri
Temubual S Sasikala, 37, pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

“Selain itu, saya berpeluang untuk bertemu rakan-rakan dan boleh jumpa menteri-menteri selain dapat menikmati makanan enak yang disediakan di gerai-gerai di sini,” katanya ketika ditemui Malaysa Gazette Perak (MG Perak) pada Isnin.

Bagi Azhar Sulaiman, 59, kali ini dia hadir bersama keluarga besarnya untuk meraikan Hari Raya pada majlis berkenaan.

Hujan tak halang 20,000 pengunjung rai majlis Aidilfitri peringkat negeri
Temubual Azhar Sulaiman, 59, pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

“Bukan sahaja rumah terbuka Aidilfitri malah saya pernah menghadiri majlis rumah terbuka perayaan kaum lain kerana saya memang suka suasana meriah seperti ini,” ujarnya yang datang dari Batu Gajah.

Sementara itu, Lau Sou Han, 54, dari Pengkalan pula memanfaatkan hari cutinya dengan menghadiri majlis tersebut bersama suami.

Hujan tak halang 20,000 pengunjung rai majlis Aidilfitri peringkat negeri
Temubual Lau Sou Han, 54, pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

“Makanan yang disediakan antaranya kambing golek, memang sedap. Saya amat gembira kerana dapat bersama-sama menyambut Aidilfitri pada hari ini,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berangkat ke Sambutan Aidilfitri peringkat negeri

Rakyat perlu bersatu hati, kembalikan semangat kekitaan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI