Hutang kerajaan naik untuk biayai defisit fiskal perbelanjaan pembangunan

KUALA LUMPUR – Hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.304 trilion atau 63.9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Jun 2025 berbanding RM1.248 trilion atau 64.6% daripada KDNK pada akhir tahun lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, peningkatan ini disebabkan untuk membiayai defisit fiskal bagi menampung perbelanjaan pembangunan (DE).

Manakala, jumlah liabiliti Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Mac 2025 adalah sebanyak RM384.6 bilion.

Menurut beliau, jumlah ini meliputi komitmen jaminan sebanyak RM238.8 bilion dan liabiliti lain sebanyak RM145.8 bilion.

Bagaimanapun, katanya, sejak Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran negara, pinjaman baharu telah berkurang daripada RM99.4 bilion pada 2022 kepada RM92.6 bilion pada 2023 dan seterusnya kepada RM76.8 bilion pada 2024 (iaitu pengurangan melebihi
RM20 bilion dalam tempoh dua tahun).

“Pelaksanaan reformasi fiskal kerajaan telah membuahkan hasil dengan penurunan kadar defisit secara beransur-ansur daripada 5.5% (2022) kepada 5.0% (2023), dan seterusnya 4.1% pada tahun 2024,” ujarnya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Salehuddin Saidin yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan tentang hutang kerajaan yang meningkat kepada RM1.22 trilion yakni sekitar 81.8 peratus daripada KDNK.

Amir dalam penjelasannya menambah, kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan defisit kepada 3.8% daripada KDNK menerusi Belanjawan 2025.

Meskipun begitu, kerajaan tetap melaksanakan usaha berterusan bagi meringankan kos sara hidup rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan dengan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan yang komprehensif, termasuklah meningkatkan peruntukan kepada RM15 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya.

Selain itu, pnghargaan SARA secara one-off yang diumumkan perdana menteri pada 23 Julai 2025; tambahan peruntukan bantuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tahun 2025 kepada RM2.9 bilion.

Melalui tambahan ini, kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan, kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah, dan daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun, tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.

Tambahan peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM791 juta disediakan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga; dan peruntukan sejumlah RM1 bilion disediakan bagi menangani kos sara hidup dengan lebih meluas termasuk pengawalan harga bahan asas seperti beras dan minyak masak sepertiProgram Payung RAHMAH yang telah disediakan peruntukan sebanyak RM600 juta bagi tahun 2025.

Katanya, Jualan RAHMAH diperhebatkan lagi bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan memanfaatkan semua golongan termasuk golongan M40. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI