IACA serlahkan kepentingan kerjasama rentas sempadan

KUALA LUMPUR – Usaha memerangi rasuah bukanlah tugas mudah dan tidak hanya bergantung kepada undang-undang serta dasar sedia ada tetapi menuntut kepada integriti, keberanian serta usaha kolektif walaupun dalam situasi mencabar.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan dalam menangani rasuah turut memerlukan penguatkuasaan yang konsisten, institusi kukuh serta individu yang berani bersuara dan memimpin melalui teladan.

“Perubahan yang signifikan tidak berlaku serta-merta namun dengan komitmen, kerjasama dan nilai-nilai yang betul, ia boleh dicapai,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Bengkel International Anti-Corruption Academy (IACA) Regional Summer Academy (ASIA) di sini semalam.

Azam turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IACA di atas penganjuran bengkel ini yang berjaya memupuk perkongsian ilmu dan semangat dalam memerangi rasuah rentas sempadan.

Beliau berkata, IACA boleh dijadikan platform untuk memperkukuhkan pemahaman dan keupayaan peserta untuk menghadapi cabaran rasuah selain mengetengahkan amalan terbaik serta strategi antirasuah melalui perkongsian pengalaman daripada pakar industri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI