IBTiS 2024 pamer hasil projek pelajar kejuruteraan awam

IPOH – Seramai 21 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini menyertai Industrial-Based Technology and Innovation Symposium (IBTiS) 2024 baru-baru ini.

Simposium tiga hari itu bertujuan membentangkan dan mempamerkan hasil projek mereka yang dibangunkan semasa menjalani program work-based learning (WBL) di industri selama setahun.

Selain pelajar, program yang berlangsung di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican kampus itu turut dihadiri ahli akademik serta terbuka kepada semua warga PUO yang lain.

Pengarah Program IBTiS 2024, Dr V D Sunitha berkata, melalui program ini pelajar dapat mempersembahkan projek, produk atau inovasi masing-masing yang dihasilkan berdasarkan penyelesaian masalah berpandukan industri.

“Program WBL direka bentuk khas untuk menghasilkan graduan politeknik yang dapat memenuhi keperluan semasa industri.

“Melalui WBL, pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ditimba di politeknik bagi menyelesaikan masalah sebenar di tempat kerja.

“Pada masa sama, pelajar berpeluang untuk belajar dalam persekitaran kerja yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata, antara industri yang terbabit dalam pembangunan projek pelajar pada kali ini termasuk Orange Beam Group, Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd, Chee Leong Construction & Engineering Sdn Bhd, Prima Reka Konsultan, Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd, Sunway Construction, THB Maintenance Sdn.Bhd., Gamuda Berhad, TRC Synergy Berhad dan OSK Construction Sdn Bhd.

Katanya, tiga kategori projek terbaik IBTiS 2024 turut menerima anugerah antaranya Best Industrial-Based Innovation Product, Best Project Presentation dan Best Poster Presentation. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

GreenCity AR iPad Challenge: PUO bawa pulang RM15,000

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI