Ibu, anak lelaki maut nahas dua kenderaan

MANJUNG – Seorang wanita bersama anak lelakinya maut manakala empat yang lain cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 212.3 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan pagi tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anak lelakinya yang dianggarkan berusia dua tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad  berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.15 pagi.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa.

“Terdapat dua mangsa di dalam kereta Proton Wira manakala empat termasuk dua kanak-kanak menaiki kereta Perodua Kelisa. Kesemua mangsa yang berusia antara dua hingga 31 tahun itu telah dikeluarkan oleh orang awam.

Dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Kelisa didapati maut di tempat kejadian,“ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Manjung dan mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar itu tamat sepenuhnya pada jam 7.10 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu, kelindan maut lori kargo rempuh treler

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI