Ibu pendorong Naufal hidupkan Hit Barber Bas Ipoh

DI SEBALIK kesibukan lalu lintas di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh, terdapat sebuah bas persiaran yang menarik perhatian sesiapa saja yang berada di kawasan jalan berkenaan.

Kenderaan itu bukan untuk mengambil penumpang, sebaliknya ia telah diubah suai menjadi premis yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut dengan berkonsepkan gaya hidup moden.

Hit Barber Bas Ipoh yang diusahakan Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, sejak tahun lalu mula mendapat tempat dalam kalangan mereka yang mahu menggayakan rambut di sekitar Ipoh.

gunting rambut dalam bas Ipoh Hit Barber Bas Ipoh usahawan muda Perak gunting rambut unik perniagaan gunting rambut MARA Program Hair in Trend MARA barber bas Malaysia
Sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

Anak kelahiran Kampung Sungai Itik, Gopeng itu berkata, perniagaan yang berkonsep unik itu merupakan inisiatif di bawah Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Salah satu keunikan dan tarikan utama di sini adalah pelanggan boleh merasai pengalaman mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di dalam bas.

“Ia bukan sahaja satu-satunya di Perak, malah ia memberi suasana berbeza kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak, dekat sini.

gunting rambut dalam bas Ipoh Hit Barber Bas Ipoh usahawan muda Perak gunting rambut unik perniagaan gunting rambut MARA Program Hair in Trend MARA barber bas Malaysia
Tukang gunting rambut, Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, menawarkan perkhidmatan dengan berkonsepkan gaya hidup moden di dalam sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, minatnya dalam bidang dandanan rambut mula berputik seawal usia 16 tahun selepas mengikuti kursus Seni Reka Gaya Rambut di GiatMARA Gopeng.

Naufal Aizat berkata, keputusan menceburi bidang kemahiran dibuat selepas dia terpaksa berhenti sekolah atas sebab tertentu, sebelum kemudiannya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian.

“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka sebab selalu tengok orang gunting rambut dan ia nampak macam mudah.

“Namun, apabila mengikuti kursus gunting rambut secara serius, baru saya tahu bahawa ia tidak mudah seperti yang disangka. Tapi lama-kelamaan, rasa minat itu datang dan saya tekad untuk teruskan.

“Selepas tamat kursus, tenaga pengajar minta saya untuk ambil SPM supaya saya boleh kembangkan lagi perusahaan gunting rambut yang akan diceburi,” katanya lagi.

gunting rambut dalam bas Ipoh Hit Barber Bas Ipoh usahawan muda Perak gunting rambut unik perniagaan gunting rambut MARA Program Hair in Trend MARA barber bas Malaysia
Tukang gunting rambut, Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, menawarkan perkhidmatan dengan berkonsepkan gaya hidup moden di dalam sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

Dari kedai ke bas

Selepas hampir enam tahun mengendalikan kedai gunting rambut di Gopeng, peluang menguruskan Hit Barber Bas Ipoh hadir apabila MARA mencari pengusaha bagi menguruskan premis berkenaan.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Naufal Aizat berkata, dia kemudian terpilih sebagai pengurus premis berkenaan selepas berjaya melepasi sesi temu duga yang dijalankan MARA.

Sebagai pemegang francais jenama Hit Barber yang mempunyai kira-kira 50 cawangan di seluruh Malaysia, Naufal berkata, perlu mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi menjamin kualiti servis kepada pelanggan.

gunting rambut dalam bas Ipoh Hit Barber Bas Ipoh usahawan muda Perak gunting rambut unik perniagaan gunting rambut MARA Program Hair in Trend MARA barber bas Malaysia
Tukang gunting rambut, Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, menggayakan rambut pelanggannya di dalam sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

“Permulaan di tapak baharu ini agak mencabar kerana ia bukan kawasan tumpuan umum. Oleh itu, semasa mula-mula buka, pelanggan memang tak ramai.

“Modal permulaan saya keluarkan sekitar RM5,000 hingga RM7,000 wang simpanan sendiri untuk penyambungan utiliti, peralatan gunting, produk syampu dan pemasaran.

“Alhamdulillah, berkat promosi agresif di media sosial seperti Facebook dan edaran risalah, serta penyertaan dalam acara kerajaan negeri seperti Karnival Anak Muda (KAMU), orang ramai mula sedar kehadiran bas ini,” jelasnya lagi.

Naufal Aizat memberitahu, selain daripada MARA, beliau juga turut menerima pelbagai bantuan daripada agensi kerajaan termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) serta SME Corp. Malaysia.

Tukang gunting rambut, Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, menggayakan rambut pelanggannya di dalam sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

Cabaran dan sambutan menggalakkan

Menguruskan dua cawangan perniagaan bukan sesuatu yang mudah, namun Naufal Aizat menganggap ia merupakan sebagai cabaran serta proses pembelajaran penting dalam dunia perniagaan.

Meskipun terpaksa berulang alik antara Ipoh dan Gopeng sejauh 21 kilometer (km) setiap hari, beliau berkata, ia sedikit pun tidak terasa penat kerana minat mendalam terhadap perusahaan gunting rambut.

Tukang gunting rambut, Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, mencukur janggut pelanggannya di dalam sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

Kata beliau, Hit Barber Bas Ipoh menerima purata 40 pelanggan seminggu, termasuk dari luar Ipoh seperti Tapah dan Cameron Highlands, dengan keuntungan kasar sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

“Saya juga menawarkan khidmat dandanan rambut untuk sebarang majlis korporat atau acara rasmi.

“Pengalaman menyertai pasukan dandanan di belakang tabir program realiti terbitan Astro, Gegar Vaganza dan The Hardest Singing Show di bawah bimbingan jenama Hit Barber banyak membuka mata saya tentang industri penyiaran dan fesyen rambut profesional,” tambahnya.

Ibu tunggal pembakar semangat

Di sebalik usaha meniti laluan perniagaan sebagai gunting rambut, Naufal Aizat berkata, ibunya, Noor Aidawati Yusoff, 55, merupakan sumber inspirasi dan kekuatan utama buat dirinya, terutama selepas pemergian ayah tercinta pada 2018.

Menurut beliau, jerih perih ibunya membesarkan empat anak lelaki sebagai ibu tunggal menjadi pencetus semangat yang tidak pernah padam dalam dirinya.

gunting rambut dalam bas Ipoh Hit Barber Bas Ipoh usahawan muda Perak gunting rambut unik perniagaan gunting rambut MARA Program Hair in Trend MARA barber bas Malaysia
Tukang gunting rambut, Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, menunjukkan finalis anugerah Usahawan Mara Negeri Perak 2025 yang diterimanya di dalam sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

“Ayah saya dahulu seorang peniaga kecil-kecilan. Sejak ayah meninggal, ibu yang banyak berkorban. Walaupun ibu hanya mengambil upah menjadi guru tuisyen di kampung, dia tidak pernah halang minat saya.

“Ibu adalah inspirasi terbesar saya. Apabila saya rasa kurang bermotivasi, saya akan kenang kembali kesusahan ibu membesarkan kami. Dorongan itulah yang buat saya bertahan sampai hari ini,” katanya yang dicalonkan sebagai finalis Anugerah Usahawan MARA kategori Institusi Pendidikan MARA (IPMA) baru-baru ini.

Perancangan masa hadapan

Naufal Aizat berkata, ketika ini dia sedang berusaha untuk menambah bilangan pekerja bagi mencapai sasaran nilai jualan RM10,000 sebulan pada tahun hadapan.

Beliau juga merancang untuk membuka lebih banyak cawangan perkhidmatan gunting rambut pada masa depan, selari dengan hasrat jangka panjang meluaskan perniagaannya.

gunting rambut dalam bas Ipoh Hit Barber Bas Ipoh usahawan muda Perak gunting rambut unik perniagaan gunting rambut MARA Program Hair in Trend MARA barber bas Malaysia
Tukang gunting rambut, Muhammad Naufal Aizat Saiful Faizal, 26, menggayakan rambut pelanggannya di dalam sebuah bas persiaran inisiatif Program Hair in Trend (HiT) Barber yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2025.

Dalam pada itu, usahawan muda itu turut mengingatkan agar mereka yang seusia dengannya untuk tidak mudah berputus asa sekiranya mempunyai minat untuk menceburi bidang yang sama.

“Dunia perniagaan ini ada pasang surutnya. Mungkin ada orang berjaya cepat, ada yang lambat.

“Jangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Biar kita lambat asalkan kita bertahan, itu lebih baik daripada laju tapi akhirnya kecundang di tengah jalan.

“Jangan mudah putus asa. Kalau ada minat, cari ilmu dan teruskan usaha. Peluang itu sentiasa ada bagi mereka yang mencarinya,” katanya lagi.

Perniagaan yang dijalankan Naufal Aizat selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 di bawah Flagship Kelima, Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu ‘Satu Warga Satu Skil’. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Gnaseregaran masih gunting rambut di pekan tinggal

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI