Identiti lelaki langgar polis bertugas dikenal pasti

MANJUNG – Identiti pemandu Proton Iriz yang melanggar anggota polis dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini pada Ahad telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, usaha mengesan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan dan beliau percaya suspek akan diberkas dalam masa terdekat.

“Kita telah menggerakkan pasukan polis bagi menjejaki suspek dan dalam masa terdekat kita akan kesan suspek tersebut.

“Saya berasa terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku ke atas anggota yang sedang menjalankan tugas rondaan unit bermotosikal sekitar Tanjung Rambutan, Chemor.

“Semasa beliau menahan sebuah kereta, suspek bertindak melanggar beliau sehingga anggota saya mendapat kecederaan yang serius dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina 2024, peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Peak di Plaza Tol Lekir Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, di sini, pada Isnin.

Terdahulu MG Perak melaporkan seorang anggota polis patah tulang rusuk dan bahu selepas terlibat dalam kejadian langgar lari sewaktu menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan – Chemor, malam tadi.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa bersama rakan setugasnya sedang bertugas melakukan rondaan menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru yang dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

Suspek kemudiannya bertindak mengundurkan kereta dan melanggar motosikal mangsa berusia 34 tahun itu sehingga menyebabkannya terjatuh. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Anggota polis cedera dilanggar dua kali ketika bertugas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI