‘Ikutkan hati memang penat, tetapi saya suka jual bunga’

IPOH – Di celah-celah keriuhan dan kesibukan pelanggan membeli barangan basah untuk juadah harian, terselit beberapa peniaga yang menjual bunga segar di Pasar Besar Ipoh.

Sesiapa yang melangkah masuk ke lorong berkenaan pasti akan terhidu pelbagai bau harum yang datang daripada deretan perniagaan bunga segar di tingkat dua pasar ikonik itu.

Pasar Besar Ipoh, peniaga bunga Ipoh, kedai bunga Ipoh, bunga segar Cameron Highlands, Perak, tempat beli bunga Ipoh, Peniaga Melayu India Cina Pasar Ipoh peniaga bunga segar di Pasar Besar Ipoh kekal bertahan lebih 10 tahun. Kedai Bunga Fooh Choon tawar pelbagai bunga segar seperti ros, lili, kekwa dan perkhidmatan gubahan untuk semua majlis.
Orang ramai membeli barangan basah dan keperluan harian di Pasar Besar Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 MAC 2025.

K. Murugamah, 58, merupakan antara peniaga bunga segar yang telah bertapak di pasar berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Keramahannya dalam berbicara menjadikan Kedai Bunga Fooh Choon antara kedai yang sering dikunjungi pelanggan untuk mendapatkan bunga segar.

Menurut nenek kepada dua cucu itu, walaupun usianya sudah menghampiri emas, minatnya terhadap bunga-bungaan segar telah lama berputik dalam jiwanya.

Pasar Besar Ipoh, peniaga bunga Ipoh, kedai bunga Ipoh, bunga segar Cameron Highlands, Perak, tempat beli bunga Ipoh, Peniaga Melayu India Cina Pasar Ipoh peniaga bunga segar di Pasar Besar Ipoh kekal bertahan lebih 10 tahun. Kedai Bunga Fooh Choon tawar pelbagai bunga segar seperti ros, lili, kekwa dan perkhidmatan gubahan untuk semua majlis.
Pekerja membungkus bunga segar yang diperoleh daripada pembekal dari Cameron Highlands, Pahang untuk dijual kepada pelanggan di Pasar Besar Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 JULAI 2025

“Pada awalnya saya hanya membantu suami, tetapi kini saya bersama seorang anak perempuan turut sama-sama mengusahakan perniagaan keluarga ini.

“Saya memang suka bunga-bunga segar. Malah, jika ada bunga yang tidak terjual, saya akan bawa pulang dan tanam di halaman rumah.

Pekerja menyusun bunga segar yang diperoleh daripada pembekal dari Cameron Highlands, Pahang untuk dijual kepada pelanggan di Pasar Besar Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 JULAI 2025

“Kalau ikutkan hati, memang penat berniaga, tetapi saya seronok melihat dan menjual bunga. Tambahan pula, apabila ada yang minta saya siapkan jambangan untuk majlis perkahwinan atau hari jadi, saya pun rasa gembira,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak di Pasar Besar Ipoh.

Murugamah berkata, bunga ros, lili, kekwa, matahari, ‘baby’s breath’, dan kantan antara jenis bunga yang sering menjadi pilihan pelanggan di kedainya.

Pasar Besar Ipoh, peniaga bunga Ipoh, kedai bunga Ipoh, bunga segar Cameron Highlands, Perak, tempat beli bunga Ipoh, Peniaga Melayu India Cina Pasar Ipoh peniaga bunga segar di Pasar Besar Ipoh kekal bertahan lebih 10 tahun. Kedai Bunga Fooh Choon tawar pelbagai bunga segar seperti ros, lili, kekwa dan perkhidmatan gubahan untuk semua majlis.
K. Murugamah, 58, peniaga bunga segar yang diperoleh daripada pembekal dari Cameron Highlands, Pahang di Pasar Besar Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 JULAI 2025

Selain Hari Kekasih dan Hari Ibu, kebanyakan pelanggan juga berkunjung ke kedainya untuk mendapatkan bunga segar bagi sambutan hari jadi, konvokesyen, mahupun tujuan keagamaan.

“Tidak sukar menjaga bunga-bunga ini kerana kami hanya perlu menukar air setiap hari. Tambahan pula, semua bunga yang dijual adalah segar dan diperoleh setiap hari.

“Ada bunga yang diimport dari luar negara, tetapi kebanyakannya dibekalkan dari Cameron Highlands, Pahang,” ujarnya.

Menurutnya lagi, harga bunga segar di kedainya berbeza mengikut jenis, iaitu antara RM1.20 hingga RM10 sekuntum.

Pekerja membungkus bunga segar yang diperoleh daripada pembekal dari Cameron Highlands, Pahang untuk dijual kepada pelanggan di Pasar Besar Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 JULAI 2025

Selain menjual bunga, kedainya juga menyediakan perkhidmatan menggubah jambangan mengikut bajet dan pilihan bunga pelanggan.

“Pelanggan kami terdiri daripada berbilang bangsa, kebanyakannya penduduk tempatan sekitar Ipoh.

“Namun begitu, kami juga sering menerima tempahan bunga dari luar Ipoh seperti Kuala Lumpur dan Johor,” katanya lagi.

Kedai Bunga Fooh Choon yang terletak dalam Pasar Besar Ipph beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Naik taraf Pasar Besar Ipoh: Peniaga positif, harap fasiliti ditambah baik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI