Ilmu perniagaan rendah, faktor usahawan gagal untuk majukan perusahaan

IPOH – Pengetahuan asas dalam bidang perniagaan yang rendah antara faktor utama usahawan kecil dan sederhana di Perak gagal memajukan perusahaan masing-masing.

Pembimbing Program Penguasaan Asas Perniagaan (BFM), Mohd Faez Mohd Abu Bakar berkata, perkara berkenaan antara yang sering dibangkitkan para peserta dalam dua siri penganjuran program tersebut.

Katanya, justeru golongan itu perlu mendapat bimbingan melalui program-program berkaitan supaya mampu memajukan perniagaan yang diusahakan.

Pengetahuan perniagaan rendah usahawan negeri perak BFM Mohd Faez peserta perak exco salbiah
Pembimbing Program Penguasaan Asas Perniagaan (BFM), Mohd Faez Mohd Abu Bakar pada sidang media Majlis Hi-Tea Peserta Program Mahir Usahawan Penguasaan Asas Perniagaan (BFM) 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.

“Selain ilmu, ketiadaan ‘push factor’ atau faktor tekanan juga menjadi antara punca lain usahawan ini gagal untuk maju ke hadapan.

“Justeru, sekiranya mereka hadir untuk mendapatkan bimbingan, kami akan membantu merapatkan jurang yang ada antara perusahaan dan kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MG Perak selepas Majlis Hi-Tea Peserta Program Mahir Usahawan BFM 2024 di Hotel Casuarina Meru, dekat sini, pada Ahad.

Pengetahuan perniagaan rendah usahawan negeri perak BFM Mohd Faez peserta perak exco salbiah
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berswafoto bersama peserta pada Majlis Hi-Tea Peserta Program Mahir Usahawan Penguasaan Asas Perniagaan (BFM) 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.

Program siri kedua itu disempurnakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed, serta dihadiri Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) Aldrin Ng.

Sebanyak RM240,000 diperuntukkan PASAK melalui Sekretariat Jawatankuasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negeri Perak bagi dua siri program yang turut mendapat kerjasama Sekretariat Usahawan Negeri (STeP).

Pengetahuan perniagaan rendah usahawan negeri perak BFM Mohd Faez peserta perak exco salbiah
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan Anugerah Usahawan Cemerlang kepada Noraisah Mat Zaid pada Majlis Hi-Tea Peserta Program Mahir Usahawan Penguasaan Asas Perniagaan (BFM) 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.

Mengulas lanjut, Mohd Faez yang juga pengarah urusan syarikat penyedia latihan korporat dan perunding, Fabskill, berkata, seramai 50 daripada 200 usahawan dari seluruh Perak terpilih menyertai program yang berlangsung selama empat bulan itu.

Ujar beliau, program berkenaan menggunakan pendekatan ‘G-R-O-W’ sebagai modul yang terapkan kepada peserta iaitu ‘goal’ atau sasaran, ‘opportunity’ (peluang), ‘reality’ (keadaan nyata) serta ‘willingness’ (kesanggupan).

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed pada sidang media Majlis Hi-Tea Peserta Program Mahir Usahawan Penguasaan Asas Perniagaan (BFM) 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Peserta Program Mahir Usahawan Penguasaan Asas Perniagaan (BFM) 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2024.

Sementara itu, Salbiah memberitahu, golongan usahawan kecil dan sederhana disarankan untuk tidak bergerak secara sendiri, sebaliknya perlu menambah jaringan perniagaan atau ‘business networking’.

“Setiap usahawan ada kepentingan masing-masing dan oleh sebab itu, tidak salah untuk kita wujudkan hubungan atau jaringan antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung memperkukuhkan lagi hubungan sesama usahawan di negeri ini.

“Di samping itu, sebagaimana yang saya selalu tekankan adalah untuk mereka sentiasa mengikuti agensi-agensi usahawan bagi tujuan memudahkan penyaluran bantuan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

BFM mampu bantu usahawan dari ‘zero to hero’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI