Imej merudum, Puad nasihatkan Tun M berehat

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berehat daripada bidang politik.

Menurut beliau, imej Dr. Mahathir terus merudum selepas membuat kejutan luar biasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, banyak perkara telah dilakukan Dr. Mahathir termasuk menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan akhirnya beliau hilang deposit ketika bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-15.

“Banyak kejayaan Tun Dr Mahathir sebelum ini termasuk menumbangkan kerajaan BN. Cukuplah Tun. Biar Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan anak muda lain teruskan legasinya. Berehatlah,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau mendakwa, bekas perdana menteri itu menyertai demonstrasi anjuran pembangkang di hadapan Istana Negara semalam hanya untuk membuktikan dirinya masih relevan.

Malah, Mohd. Puad mendakwa, sidang media kelmarin seolah-olah menunjukkan beliau dalam keadaan tidak keruan kerana tertekan apabila anaknya, Mirzan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak mungkin Tun Mahathir ada penyakit ‘Alzheimer Politik’?” soalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI