Imigresen kenal pasti lokasi baki tahanan depot lolos

IPOH – Jabatan Imigresen (JIM) Perak berjaya mengenal pasti lokasi atau keberadaan saki-baki tahanan yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor, pada Februari lalu.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kejayaan pencarian itu berdasarkan kepada beberapa komuniti etnik Rohingya yang dikesan berada berhampiran dengan lokasi depot tersebut.

“Setakat ini, terdapat baki dalam 30 orang warga asing atau tahanan lolos yang masih dijejaki dan proses pencarian mereka ini sedang kita jalankan dalam skala kecil.

“Operasi melibatkan intipan juga sedang kita jalankan di beberapa lokasi yang dipercayai mereka ini berada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru Raya, dekat sini, pada Selasa.

Imigresen lokasi tahanan depot imigresen lolos tahanan imigresen Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor Jabatan Imigresen Meor Hezbullah Meor Abd Malik Imigresen lokasi tahanan depot imigresen lolos tahanan imigresen Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor Jabatan Imigresen Meor Hezbullah Meor Abd Malik
Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik (belakang, dua kiri) melihat anggotanya pada Program Repatriasi Migran (PRM) di Kompleks KDN, Meru, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2024.

Selain itu, Meor Hezbullah memberitahu, pihaknya mempercayai kemungkinan terdapat dalam kalangan mereka yang telah melarikan diri keluar dari daerah Batang Padang.

Walau bagaimanapun, beliau yakin kesemua mereka masih berada di dalam Negeri Perak.

Pada masa sama, beliau berkata, walaupun Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor itu masih ditutup, namun kerja-kerja pengoperasian penguat kuasa masih berjalan.

“Walaupun depot tahanan itu masih ditutup, namun kerja-kerja lain seperti melibatkan penugasan para pegawai masih lagi dijalankan seperti biasa di situ,” katanya lagi.

Dalam kejadian pada 1 Februari lalu, seramai 131 tahanan meloloskan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor, termasuk seorang yang kemudian maut akibat kemalangan jalan raya.

Daripada jumlah tahanan itu, 115 adalah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Pada 16 Februari, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, operasi pencarian diteruskan berdasarkan maklumat awam.

Kata beliau Ini kerana, operasi pencarian melibatkan di dalam hutan serta sekatan jalan raya dihentikan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PATI lolos: Tujuh Rohingya menyorok dalam ladang sawit dikesan

Rohingya lolos depot imigresen: Dua disahkan maut setakat ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI