Imigresen Perak tahan 11 PATI

TANJUNG MALIM – Seramai 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak di sekitar Daerah Muallim, pada Khamis.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, ia hasil pemeriksaan terhadap 24 individu termasuk warga Malaysia di tujuh premis di daerah berkenaan dalam operasi yang bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 3 petang Jumaat.

Katanya, operasi susulan daripada aduan dan risikan itu melibatkan anggota dan pegawai dari JIM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).

“Hasil pemeriksaan, seramai 11 PATI ditahan kerana mendapati melakukan kesalahan di bawah Akta serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki berusia lingkungan 20 sehingga 45 tahun. Mereka ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan lanjut mengikut proses undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Meor Hezbullah berkata, mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

Kata beliau, turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal atau berada dalam Malaysia melebihi tempoh sah pas yang dikeluarkan serta kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan.

Tambah beliau lagi, Imigresen Perak turut menjalankan siasatan terhadap pemilik premis dan majikan yang bertanggungjawab mengambil warga asing bekerja di bawah Seksyen 55(B) atau Seksyen 55(E) Akta Imigresen 1959/63.

“Imigresen Negeri Perak berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi bersama membantu ke arah usaha membanteras lambakan kehadiran PATI dalam negara ini,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Imigresen Perak tahan 76 PATI

Imigresen Perak tahan 24 warga asing sekitar Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI