Imigresen Perak tahan 76 PATI

MANJUNG – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak menahan 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Bersama di Pantai Remis, dekat sini, pada Sabtu.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, operasi berkenaan dijalankan 125 pegawai imigresen, Pasukan Gerakan Am (PGA) (100 orang) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) (36 orang).

Katanya, seramai 153 individu daripada pelbagai negara telah diperiksa kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Seramai 76 orang ditahan dengan sembilan daripadanya warga Kemboja, Thailand (lapan), Myanmar (56) dan Indonesia (tiga).

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 50 lelaki, 22 wanita dan empat kanak-kanak yang kesemuanya berusia antara 4 bulan sehingga 61 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Meor Hezbullah berkata, mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah; Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal atau berada dalam Malaysia melebihi tempoh sah pas yang dikeluarkan dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan.

Tambah beliau, kesemua PATI tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang.

Dalam kenyataan berasingan, Meor Hezbullah memberitahu seramai 69 PATI dari pelbagai negara dihantar pulang ke negara asal masing-masing pada Khamis.

Ujar beliau, aktiviti pemindahan PATI yang dari Depot Imigresen Langkap itu melibatkan warga Indonesia, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan India.

Imigresen Perak tahan PATI pendatang asing warga asing Meor Hezbullah operasi lelaki perempuan
Aktiviti penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Depot Imigresen Langkap di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Foto IMIGRESEN PERAK

“Kesemua mereka terdiri daripada terdiri 59 lelaki, sembilan perempuan, serta seorang remaja. Lingkungan umur PATI dari 17 hingga 59 tahun,” jelasnya.

Tambah beliau, aktiviti itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang di Selangor selepas kesemua mereka selesai menjalani hukuman denda dan penjara.

“Mereka telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta diputuskan pemindahan ke negara asal di bawah akta dan peraturan yang sama,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Imigresen Perak Perhebat PRM Hantar PATI Pulang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI