Individu rentung ditemukan dalam kebakaran kereta

BAGAN SERAI – Seorang individu ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran kereta di sebuah kawasan berhampiran Tanah Perkuburan Cina Bagan Serai, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 2.05 petang.

Katanya, sejurus selepas itu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang musnah akibat terbakar pada kadar 50 peratus.

“Terdapat seorang mangsa yang rentung ditemukan dalam bangkai kereta berkenaan.

“Pasukan bomba menggunakan dua aliran hos dari jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Individu rentung kebakaran kereta bomba Bagan Serai bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad
Pasukan bomba sedang melakukan operasi pemadaman kebakaran kereta di sebuah kawasan berhampiran Tanah Perkuburan Cina Bagan Serai. Foto IHSAN JBPM PERAK

Menurut Sabarodzi, mangsa rentung itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Faisol Soied@Shuaib itu tamat pada jam 2.42 petang. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki rentung selepas kereta terbabas, terbakar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI