Individu rentung kereta dipandu terbabas dan terbakar

GOPENG – Seorang individu maut dalam kebakaran sebuah kereta di Kilometer (KM) 284.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, sekitar jam 6.30 petang tadi.

Mangsa yang juga merupakan pemandu kenderaan berkenaan dikatakan terbabas sebelum melanggar sebatang pokok.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, panggilan kejadian diterima pada jam 6.33 petang.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 6.39 petang.

“Malumat awal diterima melalui talian MERS 999 bahawa berlaku kebakaran sebuah kenderaan melibatkan seorang mangsa tersepit.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati benar terdapat sebuah kenderaan kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenis dan nombor pendaftaran kereta terbabas melanggar sebatang pokok dan musnah terbakar 80 peratus.

“Terdapat seorang mangsa maut terbakar di bahagian pemandu kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, identii dan jantina mangsa juga belum dapat dikenal pasti berikutan keadaannya yang rentung dalam kenderaan tersebut.

“Kerja-kerja pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit sedang dijalankan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI