Insiden sesak nafas dalam pembentung: Seorang warga Indonesia kritikal

LENGGONG – Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan kritikal selepas mengalami sesak nafas ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan sebuah tangki kumbahan di Kampung Ibol Sumpitan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, lelaki berusia 31 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping.

Katanya, pihaknya turut mengesahkan dua mayat warga tempatan berusia 37 dan 29 tahun serta satu warga Indonesia berusia 25 tahun masing-masing dibawa ke Unit Forensik Hospital Taiping dan Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.

“Sementara itu empat mangsa iaitu dua warga Indonesia dan dua warga tempatan sedang menerima rawatan susulan sebagai pesakit luar

“Kematian ketiga-tiga mangsa tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan pihak polis.

“Polis merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zulkifli berkata, sementara itu empat lelaki yang membantu mengeluarkan mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar akibat sesak nafas.

Kata beliau, sebelum itu pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian lapan lelaki berusia antara 25 sehingga 55 tahun mengalami sesak nafas di tangki kumbahan Kampung Ibol Sumpitan pada jam 10.05 pagi.

“Siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati tangki kumbahan itu sedang dalam proses pembinaan,” tambah beliau.

Terdahulu MG Perak melaporkan, tiga pekerja maut selepas terperangkap ketika melakukan kerja-kerja pembersihan dalam lubang pembentung di sebuah resort yang sedang dibina di Kampung Ibol Sumpitan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga pekerja maut dalam lubang pembetung di Lenggong

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI