Institusi pendidikan agama perlu diurus dengan nilai integriti

IPOH – Teras Sejahtera Sosial di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 menjadi asas kepada usaha Kerajaan Perak dalam terus memperkukuhkan dasar pembangunan institusi pendidikan agama di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam hal itu, tiga fokus utama telah dikenal pasti iaitu memurnikan pembangunan institusi supaya tersusun dan selamat serta, meningkatkan kefahaman pentadbiran terhadap tadbir urus dan perundangan.

Katanya, sementara fokus ketiga di bawah kerangka sama adalah memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan secara mesra rakyat dan efisien.

Integriti pengurusan institusi pendidikan agama Perak Pelan Perak Sejahtera 2030, integriti dalam pendidikan, tadbir urus institusi agama, Datuk Seri Saarani Mohamad, SPRM Perak, pembangunan institusi pendidikan agama, Seminar Kelestarian Integriti, Pegawai Integriti Bertauliah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Seminar Kelestarian Integriti Pembangunan Institusi Pendidikan Agama – Bicara Integriti dan Majlis Ilmu Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 JULAI 2025

Menurut beliau lagi, justeru semua pihak juga perlu mengambil langkah proaktif dan serius dalam meneliti semula sistem serta struktur pengurusan institusi agama di negeri ini.

“Tumpuan tidak hanya boleh disandarkan kepada soal integriti yang melibatkan amalan rasuah semata-mata. Ia melangkaui aspek kewibawaan moral dan amanah dalam kita memelihara kemuliaan institusi (pendidikan agama).

“Integriti lebih luas maknanya. Ia melibatkan kejujuran dalam memikul amanah, ketelusan dalam pengurusan dana dan wakaf, kecekapan dalam pentadbiran.

“Di samping itu itu juga melibatkan kesungguhan untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga institusi,” katanya.

Integriti pengurusan institusi pendidikan agama Perak Pelan Perak Sejahtera 2030, integriti dalam pendidikan, tadbir urus institusi agama, Datuk Seri Saarani Mohamad, SPRM Perak, pembangunan institusi pendidikan agama, Seminar Kelestarian Integriti, Pegawai Integriti Bertauliah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Seminar Kelestarian Integriti Pembangunan Institusi Pendidikan Agama – Bicara Integriti dan Majlis Ilmu Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 JULAI 2025

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Kelestarian Integriti: Pembangunan Institusi Pendidikan Agama – Bicara Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azmi Kamaruzaman.

Mengulas lanjut Saarani berkata, menyemai nilai integriti dalam usaha membangunkan institusi agama juga perlu berlandaskan kepada sikap tanggungjawab dan kepatuhan kepada perundangan.

Jelas beliau, soal ketirisan juga boleh berlaku akibat kelemahan struktur pengurusan seperti ketiadaan pelaporan kewangan yang jelas, tadbir urus yang longgar, atau kegagalan mendaftar institusi dengan agensi agama.

Integriti pengurusan institusi pendidikan agama Perak Pelan Perak Sejahtera 2030, integriti dalam pendidikan, tadbir urus institusi agama, Datuk Seri Saarani Mohamad, SPRM Perak, pembangunan institusi pendidikan agama, Seminar Kelestarian Integriti, Pegawai Integriti Bertauliah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar pada Seminar Kelestarian Integriti Pembangunan Institusi Pendidikan Agama – Bicara Integriti dan Majlis Ilmu Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 JULAI 2025

“Semua ini akhirnya membuka ruang kepada keraguan dan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi yang seharusnya menjadi medan dakwah dan benteng memelihara akhlak ummah,” katanya lagi.

Terdahulu pada majlis sama Azmi berkata, Perak merupakan antara negeri yang konsisten menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh agenda integriti.

“Pada tahun 2021, Negeri Perak menjadi rakan strategik MACA Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) penganjuran Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri Ke-27 yang melibatkan 39 pegawai ditauliahkan.

“Pada hari ini (Khamis), 44 lagi pegawai daripada pelbagai jabatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) negeri menyertai program ini secara ‘in-house’,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kem AMAR kukuhkan nilai integriti dalam generasi muda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI