Bekas warden maahad tahfiz dilepas, bebas tuduhan amang seksual

IPOH – Bekas warden maahad tahfiz dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis, atas pertuduhan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 13 tahun, lima tahun lalu.

Hakim, Jean Sharmila Jesudasan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Muhammad Ikbal Izzuddin Abd Rahim, 29, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Jean Sharmila berkata, keputusan dibuat selepas mahkamah telah melihat kepada fakta-fakta kes bagi membuktikan elemen-elemen pertuduhan untuk kedua-dua pertuduhan dalam konteks keseluruhan kes dan membuat penilaian yang maksimum ke atas keterangan yang diperuntukan oleh pihak pendakwaan.

“Mahkamah berpuas hati kerana terdapat percanggahan, tidak konsisten dan kelompongan dalam kes pendakwaan yang tidak dijelaskan sama ada melalui siasatan pihak polis atau melalui keterangan saksi-saksi. Perkara ini seterusnya menimbulkan satu keraguan yang munasabah.

“Maka mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan dalam kes ini.

“Justeru, mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri bagi kedua-dua pertuduhan tersebut serta wang jaminan dikembalikan,” katanya dalam prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Sepanjang perbicaraan berlangsung pihak pendakwaan telah memanggil seramai 10 orang saksi pendakwaan termasuk mangsa dan ibu mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin manakala tertuduh diwakili peguam Aliff Aiman Rusli dan Izzat Fakhri Halimi.

Pada Jun 2020, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Guru Al-Quran yang pada ketika itu berusia 24 tahun didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di asrama lelaki sebuah mahaad tahfiz di Meru sekitar jam 3 pagi pada Februari 2020.

Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16 Akta yang sama. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bekas anggota TLDM dilepas, bebas tuduhan amang seksual, rogol

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI