Ipoh berpotensi jadi hab industri MICE – Saarani

IPOH – Bandaraya Ipoh mempunyai kelebihan strategik dalam menjadi hab pasaran industri acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) dalam negara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana Ipoh mempunyai kekuatan daripada segi warisan, sejarah, keindahan alam, kemudahan pengangkutan, gaya hidup moden dan kos sara hidup yang lebih rendah berbanding bandar-bandar lain.

Ipoh hab industri MICE Industri MICE Malaysia, pelancongan perniagaan Ipoh, Saarani Mohamad, MICE Perak 2025, Mesyuarat Insentif Persidangan Pameran, pembangunan pelancongan Ipoh, pelaburan MICE, Dewan Cassia Chemor bandar ipoh perak kerajaan saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Rizduan, Chepor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MEI 2025.

“Walaupun data khusus sumbangan sektor MICE bagi tahun 2024 masih dalam penilaian, sektor pelancongan secara keseluruhan telah menyumbang RM275.8 bilion kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2023.

“Ia melibatkan sumbangan terus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 15.1 peratus. Ditambah dengan pertumbuhan pelancong MICE dan pelancaran laluan penerbangan baharu, nilai sumbangan sektor ini dijangka terus meningkat pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Ridzuan di Chemor, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI), Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Ipoh hab industri MICE Industri MICE Malaysia, pelancongan perniagaan Ipoh, Saarani Mohamad, MICE Perak 2025, Mesyuarat Insentif Persidangan Pameran, pembangunan pelancongan Ipoh, pelaburan MICE, Dewan Cassia Chemor bandar ipoh perak kerajaan saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Rizduan, Chepor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MEI 2025.

Projek menaiktaraf Dewan Cassia dilaksanakan anak syarikat SSI, Solatis Power Sdn. Bhd. (SPSB) melibatkan kemudahan moden dengan sistem pencahayaan dan pengudaraan baharu, serta susun atur ruang yang fleksibel.

Tambah Saarani, kerajaan negeri sentiasa menekankan pengurusan aset yang berhemah, dengan memastikan setiap ruang dimanfaatkan sebaiknya tanpa membazir atau mengorbankan fungsi penting yang sedia ada.

Kata beliau, pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos, bahkan turut meningkatkan nilai aset dalam tempoh jangka panjang.

Ipoh hab industri MICE Industri MICE Malaysia, pelancongan perniagaan Ipoh, Saarani Mohamad, MICE Perak 2025, Mesyuarat Insentif Persidangan Pameran, pembangunan pelancongan Ipoh, pelaburan MICE, Dewan Cassia Chemor bandar ipoh perak kerajaan saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Rizduan, Chepor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MEI 2025.

Saarani berkata, pendekatan penggunaan aset secara serbaguna wajar diperluas bukan hanya di bandar-bandar utama, malah hingga ke peringkat daerah, agar manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh.

“Setiap aset, termasuk bangunan milik kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perlu dinilai semula secara berkala agar kekal relevan, berfungsi, dan menyumbang secara aktif kepada kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.

“Kita tidak mahu melihat bangunan kerajaan dibiarkan kosong, terbiar, atau digunakan secara minimum.

“Sebaliknya, aset-aset ini perlu dimaksimumkan potensinya, sama ada sebagai ruang sosial, penjana ekonomi, atau pusat pentadbiran yang menyumbang kepada pembangunan negeri secara mampan,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Misi pelaburan Perak ke Eropah berjaya tarik RM450 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI