IPT perlu jadi hab utama kembang teknologi baharu

PUNCAK ALAM – Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu menjadi hab utama yang mengembangkan teknologi baharu yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, statistik menunjukkan bahawa lebih 80 peratus penyelidik berada di IPT.

“Fakta ini menunjukkan bahawa IPT adalah pusat utama untuk pembangunan penyelidikan dan inovasi negara yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua IPT memperkukuh dan meningkatkan usaha dalam bidang penyelidikan dan inovasi,” katanya dalam ucapan penutup Expo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (iidex) 2024 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lebih 400 peserta dari seluruh Malaysia terdiri daripada pelajar sekolah, ahli akademik, institusi pengajian tinggi, dan pemain industri hadir expo tahunan yang berlangsung lima hari bermula 4 November lalu.

Pameran yang berlangsung di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dan secara dalam talian itu turut membolehkan orang awam menyaksikan produk penyelidikan terkini serta bertemu dengan para inovator tempatan.

Sebagai acara tahunan UiTM, memberi fokus kepada inovasi sosial yang berpotensi untuk dikomersialkan di samping memberikan impak positif kepada masyarakat.

Ini selari dengan strategi Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 dalam memperkukuhkan ekosistem penyelidikan dan inovasi sekali gus menunjukkan komitmen UiTM dalam menyumbang kepada perkembangan pendidikan tinggi dan penyelidikan di negara ini.

Sejak penganjurannya, iidex telah mendapat sokongan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai penaja utama dengan anugerah khas, BIMB Grand Award diberikan kepada inovator dan penyelidik terbaik.

Anugerah ini menegaskan lagi peranan iidex bukan sahaja sebagai platform untuk mempamerkan inovasi terkini, tetapi juga sebagai inisiatif strategik yang menggalakkan kolaborasi yang bermanfaat bagi semua pihak.

Keunikan index tahun ini, ia turut berkolaborasi dengan dua acara inovasi lain iaitu Disability Invention, Design and Innovation Awards (DIDI2024), dan Biz.Spotlight.

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor UiTM Prof. Ts. Dr. Norazah Abd. Rahman serta barisan kepimpinan UiTM yang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI