Ismail Sabri suspek dalam kes sitaan wang tunai RM170 juta

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan suspek dalam kes sitaan wang tunai RM170 juta pelbagai matawang asing dan 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai RM7 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Tan Sri Azam Baki berkata, empat pegawai bekas perdana menteri itu yang ditahan sebelum ini disyaki berperanan sebagai pembantu kepada Ismail Sabri.

“Dalam hal ini saya boleh katakan beliau seorang suspek kerana pertama disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan pengisytiharan harta dan kedua bila terjumpa wang ini beliau antara yang dikaitkan maka perlu kita dapatkan penjelasan.

“…Peranan (empat yang ditahan) mereka ini kita syak adalah pembantu kepada Ismail Sabri dan kita telah rakam percakapan dan keterangan yang kita fikir munasabah untuk kita pertimbangkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Azam berkata, Ismail Sabri akan dipanggil semula untuk memberi keterangan pada Rabu ini.

Menurut Azam, setakat ini SPRM telah merakap percakapan 31 saksi dan akan memanggil kira-kira lapan lagi saksi minggu depan

“SPRM akan mengambil rakaman percakapan semula daripada Ismail Sabri bergantung kepada kesihatan beliau dan dijangka akan dibuat hari Rabu minggu ini.

“Rakam percakapan akan berkisar daripada perisytiharaan harta beliau dan kes yang sedang kita siasat ini,” katanya sambil menambah kira-kira tiga ahli politik turut dirakam percakapan.

Sementara itu, menurut beliau, SPRM telah membeku 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta melibatkan kesemua suspek.

Bagaimapun pembekuan tidak melibatkan akaun bank Ismail Sabri dan Yayasan Keluarga Malaysia.

Sebelum itu pada 11 Disember lalu, Ismail Sabri diarah untuk mengisytiharkan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan pengisytiharan harta itu dilakukan beliau secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Ahli Parlimen Bera itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lalu untuk direkodkan keterangan.

SPRM telah mengarahkan Ismail Sabri untuk mengisytiharkan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan pengisytiharan harta itu dilakukan beliau secara rasmi pada 10 Februari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI