Isteri maut dipukul, ditikam suami depan anak

IPOH – Seorang wanita maut dipercayai dipukul dan ditikam suaminya dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Simee, pada Rabu.

Difahamkan, sebelum kejadian, wanita berusia 48 tahun itu baru pulang bersarapan bersama suaminya yang berusia 56 tahun sekitar jam 8 pagi.

Apabila tiba di rumah, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suami sehingga lelaki itu dipercayai bertindak memukul mangsa di bahagian kepala dan menikamnya beberapa kali.

Isteri maut dipukul, ditikam suami depan anak
Seorang lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian seorang wanita maut selepas dipukul dan ditikam dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Simee, pada Rabu.

Lebih memilukan apabila anak perempuan pasangan itu yang baru berusia 12 tahun dipercayai turut menyaksikan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan mengenai kejadian tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pekerja ladang tembikai mati dibunuh dengan lapan kesan tikaman

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI