Isu GISBH: Walaupun tiada kaitan, farmasi dakwa kena tempias

IPOH – Walaupun tidak mempunyai kaitan, namun premis farmasi yang menggunakan nama perniagaan serupa didakwa terkesan susulan isu yang melanda Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) ketika ini.

Tinjauan pemberita di kawasan lot kedai di sebuah kawasan perumahan di Gunung Rapat, dekat sini pada Jumaat mendapati farmasi berkenaan berada sebaris dengan tiga premis perniagaan milik GISBH.

Isu GISBH Walaupun tiada kaitan, farmasi terkesan premis perniagaan tinjauan kakitangan
Salah satu farmasi yang didakwa terkesan susulan isu yang melanda Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) di Gunung Rapat, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 SEPTEMBER 2024.

Kakitangan farmasi yang enggan dikenali memberitahu, mereka terpaksa menampal notis pemberitahuan pada pintu hadapan selepas mendakwa kurang menerima kehadiran pelanggan sejak akhir-akhir ini.

“Kami adalah entiti sendiri yang tidak ada mempunyai sebarang kaitan dengan GISBH. Farmasi kami telah beroperasi secara sendirian sejak tahun 2003, sementara syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2013.

“Disebabkan itu, kami baru sahaja meletakkan notis hari ini di pintu hadapan agar ia dapat memberi penjelasan sebenar dan mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap farmasi kami,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Dakwanya lagi, kekurangan pelanggan ke premisnya dilihat ketara selepas isu yang membabitkan GISBH mula tular dan dilaporkan media.

Isu GISBH Walaupun tiada kaitan, farmasi terkesan premis perniagaan tinjauan kakitangan
Ikhwan Bakery yang dimiliki oleh Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) di Gunung Rapat, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 SEPTEMBER 2024.

“Mungkin orang ingat farmasi kami ini mempunyai kaitan dengan entiti GISBH oleh kerana nama perniagaan kami sama dengan perniagaan mereka, sedangkan itu tidak betul.

“Dalam soal nama perniagaan, mungkin ia secara kebetulan. Kami lebih awal bertapak buka perniagaan di sini berbanding mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi, terdapat restoran, kedai pastri dan kedai runcit yang dimiliki GISBH.

Hasil tinjauan di restoran lebih daripada sejam pula mendapati, premis berkenaan kurang menerima kehadiran pelanggan, walaupun lazimnya premis makanan lain mula dibanjiri orang ramai untuk makan malam.

Pekerja premis yang enggan dikenali memberitahu, restoran berkenaan turut menerima kesan selepas beberapa isu berhubung syarikat itu mula tular di media sosial.

Malah dakwanya, ada beberapa pelanggan tetap sudah mula tidak mengunjungi restoran berkenaan sejak beberapa minggu yang lalu.

Isu GISBH Walaupun tiada kaitan, farmasi terkesan premis perniagaan tinjauan kakitangan
Ikhwan Cafe yang dimiliki oleh Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) di Gunung Rapat, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 SEPTEMBER 2024.

“Daripada sudut kehadiran pelanggan, memang ada kesan disebabkan benda itu (isu yang dikaitkan dengan GISBH)

“Dakwaan yang tular itu salah sebenarnya, mungkin sebab (ada pihak yang) dengki atau tidak senang tengok orang (GISBH) sudah berjaya.

“Selalu ramai orang datang (ke restoran kami ini) namun sudah masuk minggu kedua (ramai pelanggan) tidak datang. Tengoklah bagaimana situasi pada Sabtu dan Ahad ini nanti,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan premis perniagaan milik GISBH di beberapa negeri lengang selepas isu melibatkan salah laku jenayah didakwa melanda syarikat berkenaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jangan lengahkan siasatan GISBH – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI