Isu ham: Keterangan pelawak sudah dirakam Rabu lepas-KPN

KUALA LUMPUR- Seorang pelawak dan pelakon yang dipercayai membuat hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam, telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Beliau berkata pihaknya turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang mempunyai kaitan dalam kes terbabit dan dalam proses mengesannya.

“Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan isu ini di seluruh negara dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran itu ketika kontroversi status halal sandwic ham and cheese baru-baru ini yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam. —BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI