Isu karikatur Razman: Ketua Pemuda DAP disiasat polis

IPOH – Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong disiasat pihak polis berhubung karikatur menggunakan wajah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria yang disunting seperti badut, pada Isnin.

Peguam yang mewakili Kah Leong, Syahredzan Johan berkata, Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak itu telah dirakam percakapan oleh dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Katanya, selain dirakam keterangan selama kira-kira 30 minit bermula pada jam 10.50 pagi, telefon bimbit dan kad SIM milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu turut dirampas.

Woo Kah Leong disiasat karikatur Razman karikatur Razman Zakaria, Woo Kah Leong DAPSY, siasatan polis ADUN Pasir Bedamar, isu kebebasan bersuara Malaysia, politik sindiran DUN Perak
Peguam yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan pada sidang media di Wisma DAP Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 JUN 2025.

“Pelbagai soalan telah diajukan (kepada Kah Leong) dan kita telah memberikan kerjasama penuh kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa (bagi memastikan kelancaran siasatan polis).

“Cuma persoalan yang dibangkitkan di sini adalah, kenapa perlu sampai ke sini (buat laporan polis),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Wisma DAP Perak di sini, pada Isnin.

Syahredzan menjelaskan siasatan itu dijalankan susulan laporan polis dibuat terhadap Kah Leong berhubung isu wajah Razman, yang juga ADUN Gunung Semanggol, yang dipaparkan dalam bentuk karikatur serta disiarkan di laman Facebook milik Kah Leong pada 10 April lalu.

Woo Kah Leong disiasat karikatur Razman karikatur Razman Zakaria, Woo Kah Leong DAPSY, siasatan polis ADUN Pasir Bedamar, isu kebebasan bersuara Malaysia, politik sindiran DUN Perak
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong pada sidang media selepas memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap satu hantaran di media sosial miliknya memaparkan karikatur Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria di Wisma DAP Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 JUN 2025.

“Kita tidak mengetahui siapa dan bila laporan polis itu dibuat. Tetapi memang laporan polis itu mempunyai kaitan berkenaan isu ini (karikatur Razman yang disunting seperti badut),” katanya yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

Sementara itu, Kah Leong berkata, tindakan membuat laporan polis terhadapnya dalam isu itu disifatkan sebagai satu budaya politik tidak sihat selain menyekat kebebasan bersuara.

Tambah beliau, ini kerana politik sindiran termasuk dalam bentuk karikatur bukanlah bentuk serangan peribadi, sebaliknya ia adalah suatu bentuk seliaan awam.

Woo Kah Leong disiasat karikatur Razman karikatur Razman Zakaria, Woo Kah Leong DAPSY, siasatan polis ADUN Pasir Bedamar, isu kebebasan bersuara Malaysia, politik sindiran DUN Perak
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong pada sidang media selepas memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap satu hantaran di media sosial miliknya memaparkan karikatur Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria di Wisma DAP Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 JUN 2025.

“Sebagai seorang ahli politik, saya mempertahankan hak semua pihak untuk mengkritik saya. Pada masa yang sama, saya juga berhak untuk melawan balik dengan hujah, tidak tunduk dan tidak mendiamkan diri.

“Saya bertekad untuk mempertahankan kebebasan bersuara, kebebasan mencipta dan kebebasan berekspresi, serta menentang segala tindakan yang tidak berasas,” ujarnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintenden Muhammad Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan telah mengambil keterangan daripada wakil rakyat DAP berkenaan.

“Ya, ada rekod keterangan. Ia adalah salah satu proses dalam siasatan,” katanya ringkas.

Pada Persidangan DUN Perak April lalu, Razman menuntut Kah Leong memohon maaf secara terbuka dalam sidang DUN berhubung penyiaran kandungan berunsur provokatif terhadapnya di media sosial.

Beliau kesal dengan tindakan ADUN Pasir Bedamar itu yang menggunakan gambarnya dan menyuntingnya seperti badut dalam satu hantaran di Facebook yang didakwa bersifat jelik dan menghina.

Pada persidangan sama, Kah Leong mempertahankan tindakannya itu selain menyifatkan ia sebagai salah satu kaedah sindiran berdasarkan fakta yang menjadi salah satu aspek dalam demokrasi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

DAPSY tak setuju garis panduan Muslim hadir majlis bukan Islam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI