Isu stoking, bak kut teh tidak membina negara – Kor Ming

IPOH – Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming meminta agar semua pihak di negara ini untuk menjaga keharmonian serta perpaduan masyarakat terutama dalam bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, Pengerusi DAP Perak itu berkata, semua pihak yang disifatkan sebagai ‘tukang bakar’ atau ‘parasit politik’ untuk bermuhasabah terhadap segala kelemahan diri.

“Selepas ini pastikan fokus kita adalah untuk membangunkan negara kerana kemakmuran ekonomi adalah fokus utama negara kita.

“Bukan tiap-tiap hari sembang dengan isu-isu yang tidak membina sama ada isu stoking ke, bak kut teh ke, semua isu ini yang tidak membina harus ditinggalkan.

“Kita semua juga wajib untuk menjunjung kasih dan menuruti titah Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim),” katanya.

Nga kor ming menteri DAP naib pengerusi Tukang hasut parasit politik harus muhasabah kelemahan keharmonian perpaduan negara masyarakat undang-undang
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir pada Program Meriah Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Pasar Raya Angsana Mall, Ipoh. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Meriah Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Pasar Raya Angsana Mall, dekat sini, pada Sabtu.

Menerusi program berkenaan, sebanyak RM22,500 duit raya diserahkan kepada lebih 150 keluarga di kawasan DUN Kepayang bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, mana-mana pihak yang dikenakan tindakan ekoran menimbulkan keresahan terhadap perpaduan masyarakat untuk akur dengan perundangan negara.

“Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka dengan prinsip kedaulatan undang-undang tindakan diambil pihak berkuasa tanpa berbelah bahagi (kepada mana-mana pihak).

“Dan saya harap selepas tindakan diambil, biarlah mahkamah membuat keputusan. Sama ada salah, ataupun tidak, semua pihak wajib menghormati institusi kehakiman negara yang bebas daripada campur tangan politik,” katanya lagi.

Nga kor ming menteri DAP naib pengerusi Tukang hasut parasit politik harus muhasabah kelemahan keharmonian perpaduan negara masyarakat undang-undang
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir menyantuni penerima sumbangan pada Program Meriah Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Pasar Raya Angsana Mall, Ipoh. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Pada Jumaat, media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak sesekali menggunakan isu stoking tertera kalimah Allah ataupun isu-isu sensitif lain untuk menghasut rakyat.

Jelas Anwar, kerajaan juga tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mencabar institusi negara dan Perlembagaan tidak kira dari parti atau kedudukan seseorang itu.

Perdana Menteri sebelum itu ketika ditanya pemberita di Georgetown, Pulau Pinang berkata, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh bukannya ditangkap polis sebaliknya dipanggil bagi memberi keterangan untuk siasatan.

Terdahulu media melaporkan, Muhamad Akmal dipanggil ke di IPD Kota Kinabalu sebaik tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada Jumaat.

Media difahamkan keterangan tersebut diambil berkaitan dengan satu laporan polis berhubung Akta Hasutan membabitkan sebuah video ceramah beliau di Kelantan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Aidilfitri: Kor Ming arah tindakan tegas pihak buang sampah merata-rata

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI