IPOH – Isu waktu pengoperasian Klinik Kesihatan Tanjong Malim akan diteliti dan dibawa ke perhatian Kementerian Kesihatan (KKM), kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan.
Beliau berkata pihaknya sedang meneliti isu berkaitan pindaan waktu operasi klinik berkenaan daripada 24 jam sehari kepada 8 pagi hingga 5 petang.
Beliau ketika dihubungi Bernama berkata rungutan dan kebimbangan penduduk setempat berhubung perkara itu akan dimaklumkan kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Klinik Kesihatan Tanjong Malim terletak dalam lingkungan kawasan yang berhampiran dengan Proton City dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Ia sekali gus menjadikan klinik itu sebagai fasiliti penting bagi penduduk di sekitar kawasan berkenaan.