Jabatan, agensi Kerajaan Perak perlu selesaikan aduan rakyat dalam sebulan

BATU GAJAH – Jabatan dan agensi kerajaan di Perak diberi tempoh masa sebulan bagi meneliti serta menyelesaikan segala aduan yang diterima daripada pelbagai lapisan rakyat pada sepanjang penganjuran program MESRA Hari Bertemu Pelanggan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekiranya aduan yang diterima itu berkaitan di peringkat negeri, ia boleh diselesaikan melalui mesyuarat pusat sehenti (OSC) yang dipengerusikan pegawai daerah masing-masing.

Aduan rakyat Perak selesai dalam sebulanHari Bertemu Pelanggan Perak, program MESRA 2025, jabatan kerajaan Perak, aduan rakyat negeri Perak, Saarani Mohamad, OSC Perak, penyelesaian aduan rakyat, NTW 2025 Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ketiga Tahun 2025 di Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2025.

“Bagaimanapun, sekiranya aduan yang disampaikan melibatkan jabatan atau agensi dari Persekutuan ia mungkin perlu mengambil sedikit masa.

“Ini kerana ia memerlukan penelitian lanjut serta rundingan daripada agensi-agensi yang Persekutuan berkaitan sebelum sebarang keputusan ke arah penyelesaian masalah dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Siri Ketiga 2025 di Dewan Bandaran Kinta, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Aduan rakyat Perak selesai dalam sebulanHari Bertemu Pelanggan Perak, program MESRA 2025, jabatan kerajaan Perak, aduan rakyat negeri Perak, Saarani Mohamad, OSC Perak, penyelesaian aduan rakyat, NTW 2025 Perak
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendengar aduan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ketiga Tahun 2025 di Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2025.

Mengulas lanjut Saarani berkata, sebanyak 30 aduan telah diterima meliputi pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat pada program berkenaan.

Jelas beliau, antara aduan yang diterima adalah berkaitan dengan permohonan tanah, kerosakan jalan raya, lampu dan fasiliti kerajaan, isu haiwan rayau, serta permohonan bantuan kewangan.

“Sehingga pelaksanaan siri kedua sebelum ini, kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah 236 aduan, dengan 167 daripadanya atau 71 peratus telah diselesaikan, manakala baki 69 aduan atau 29 peratus masih dalam proses tindakan lanjut.

“Penganjuran Hari Bertemu Pelanggan kali ini melibatkan sebanyak 71 kaunter khidmat pelanggan serta tiga kaunter bergerak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ketiga Tahun 2025 di Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2025.

“Ia menyediakan akses lebih mudah dan selesa untuk rakyat mendapatkan perkhidmatan serta maklumat secara terus daripada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan,” kata beliau.

Pada masa sama Saarani memberitahu, 100,000 penyertaan warga Perak disasarkan bagi program National Training Week (NTW) 2025, hasil kerjasama kerajaan negeri bersama agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), HRD Corp.

Kata beliau, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada pendekatan inklusif kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pembelajaran dan peningkatan kemahiran kepada rakyat.

“NTW 2025 menyasarkan penyertaan warga Perak merangkumi lima bidang utama iaitu kemahiran hidup, kemahiran masa hadapan, kewangan, pembangunan mampan, serta kreativiti dan inovasi.

“Kesemua kursus yang ditawarkan adalah percuma kepada semua lapisan masyarakat bermula dari April hingga Jun ini,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Program Hari Bertemu Pelanggan : 796 aduan berjaya diselesaikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI