Jadual perjalanan Bas Perak Sejahtera Chenderiang-Tapah ditukar – ADUN

TAPAH – Jadual perjalanan Bas Perak Sejahtera bagi laluan Chenderiang-Tapah-Chenderiang akan ditukar mengikut kesesuaian seperti yang diminta penduduk sepanjang laluan berkenaan bermula 1 Disember 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng berkata, perkara itu dimuktamadkan pada Sesi Taklimat Dan Lawatan bagi Laluan Baru Bas Perak Sejahtera Chenderiang-Tapah-Chenderiang bersama agensi kerajaan dan pengurusan Perak Transit Berhad.

Menurut beliau, ia bagi memudahkan urusan pelajar di 10 buah sekolah menengah dan rendah yang berada di laluan Chenderiang-Tapah-Chenderiang menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Hasil perbincangan hari ini adalah untuk memohon pihak Perak Transit Berhad mengubah jadual perjalanan Bas Perak Sejahtera di laluan Chenderiang-Tapah-Chenderiang berdasarkan aduan yang saya terima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng pada sidang media ketika sesi lawatan bagi laluan baru bas Perak Sejahtera Chenderiang-Tapah-Chenderiang di Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 NOVEMBER 2024.

“Selepas berbincang pihak syarikat terlibat bersetuju untuk menukar waktu operasi baharu bermula 1 Disember 2024 sesuai dengan permintaan penduduk sekitar Chenderiang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada sidang media selepas Sesi Taklimat Dan Lawatan bagi Laluan Baru Bas Perak Sejahtera Chenderiang-Tapah-Chenderiang di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Daerah Tapah, di sini, pada Khamis.

Hadir sama pada sesi berkenaan Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah, Ahmad Roslan Mohamed Nazir ditemani Pengurus Perak Transit Berhad, Muhammad Halim Rahmat.

Sementara itu, Muhammad Halim pada sesi taklimat berkenaan memaklumkan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera bagi laluan Chenderiang-Tapah-Chenderiang telah mula beroperasi sejak September lalu.

Menurut beliau, perkhidmatan bas berkenaan beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 7.30 petang setiap Isnin sehingga Sabtu melibatkan lapan jadual perjalanan pergi dan balik di 31 perhentian.

Pengurus Perak Transit Berhad, Muhammad Halim Rahmat pada sidang media ketika sesi lawatan bagi laluan baru bas Perak Sejahtera Chenderiang-Tapah-Chenderiang di Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 NOVEMBER 2024.

“Sejak mula operasi kita menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada penduduk terutamanya pelajar sekolah serta penduduk kampung yang ingin membeli barang keperluan di Pekan Tapah.

“Memandangkan ia sudah beroperasi lebih dua bulan kita mengambil maklum pandangan daripada pengguna bagi menambah baik mutu perkhidmatan termasuklah mengubah waktu perjalanan mengikut kesesuaian waktu persekolahan peringkat rendah dan menengah,” katanya.

Ditanya mengenai perbincangan pada sesi taklimat berkenaan, Muhammad Halim berkata, ia merupakan perbincangan yang baik melibatkan pelbagai pihak dalam mencari penyelesaian bersama.

“Saya nampak satu perbincangan yang baik kerana pihak terlibat meminta perubahan mengikut cadangan penduduk melibatkan jadual perjalanan bas sesuai dengan keperluan pelajar sekolah.

“Mereka meminta kita awalkan waktu operasi pada jam 6 pagi serta mengubah waktu perjalanan dari jam 1 petang kepada jam 2.30 petang melibatkan laluan dari Tapah ke Chenderiang,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perkhidmatan bas Kampung Koh-Bidor tahun hadapan – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI