JAIPk ambil tindakan pegawai kritik Menteri Pendidikan

IPOH – Kenyataan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan berkenaan isu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mewakili jabatan.

JAIPk memaklumkan, pihaknya kesal dengan tindakan individu tersebut selain memaklumkan semua perkataan dan kenyataan yang dikeluarkan adalah atas pandangan peribadi pegawai tersebut.

“Pihak jabatan akan mengambil tindakan yang tegas selaras dengan Peraturan 19(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Ia supaya menjadi pengajaran kepada penjawat awam yang lain dan (untuk) lebih beretika dalam mengendalikan laman sosial.

“Pihak jabatan memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu ini dan akan mengambil langkah tegas untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan pada laman Facebook rasmi.

Sebelum itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mendakwa seorang pengguna media sosial Facebook yang juga penjawat awam negeri menggunakan perkataan tidak sopan dengan mengkritik Fadhlina, Rabu lalu.

Melalui tangkap layar pada hantaran yang dimuat naik Hasnul Zulkarnain, pengguna media sosial itu didakwa membuat kritikan susulan isu peperiksaan SPM yang tidak ditangguhkan pada negeri-negeri yang berhadapan bencana banjir.

Dalam hantaran berasingan, Hasnul berkongsi video permohonan maaf yang dibuat pegawai berkenaan atas kekhilafan individu itu pada hantaran di media sosial miliknya tempoh hari.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengaktifkan Op Payung bagi tujuan menyelamat dan memastikan calon dapat hadir walaupun terjejas akibat banjir.

Calon SPM di seluruh negara akan menghadapi Ujian Amali Sains bermula Isnin sehingga 12 Disember ini sebelum ujian bertulis pada Januari depan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan siap siaga gelombang kedua banjir – TPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI