Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena perarakan Cap Goh Meh Rabu depan

IPOH – Beberapa jalan utama di bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan pada Rabu depan (12 Februari) untuk memberi laluan kepada perarakan kereta berhias sempena hari ke 15 Tahun Baru Cina (Chap Goh Mei).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perarakan kebudayaan kereta berhias diiringi tarian singa yang akan bermula di lokasi Ipoh Padang pada jam 5 petang dan melalui sekitar bandar raya ini serta berakhir di lokasi sama pada jam 9 malam.

Menurutnya, laluan yang terlibat yang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula dari Jalan Tun Sambathan di Ipoh Padang, Jalan Sultan Yusuf, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Laxmana, Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Bijeh Timah.

”Ini disusuli Jalan Persiaran Bijeh Timah, Jalan Sultan Yusuf, Jalan Dato‘ Maharajalela, Jalan Bandar sebelum berakhir di Jalan Sambanthan, Ipoh Padang,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau menjangkakan kira-kira 1,000 orang peserta yang akan menyertai perarakan tersebut.

“Justeru, kita ingin menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya di sekitar bandar raya ini supaya merancang perjalanan dan sentiasa mematuhi arahan semasa daripada petugas polis trafik di jalan-jalan yang terlibat sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jalan Kamarudin Isa ditutup susulan insiden jambatan mendap

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI