Jalur Gemilang: Segerakan pendakwaan tanpa mengira kaum

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO Malaysia menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara menyegerakan pendakwaan terhadap mereka yang tidak menghormati dan memasang Jalur Gemilang dengan tidak sewajarnya sama ada secara sengaja atau cuai.

Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, pihaknya memandang berat trend tahunan memasang Jalur Gemilang secara terbalik atau memperlekehkan simbol negara setiap kali menjelang sambutan Hari Merdeka.

“Kami menyeru semua pihak menghormati lambang kedaulatan negara khususnya dalam suasana menyambut Hari Kebangsaan ke-68.

“Veteran UMNO memberi amaran agar isu bendera tidak dijadikan alasan untuk mencetuskan provokasi kaum atau agama.

“Tindakan tegas dan segera perlu diambil untuk menyekat penyebaran sentimen negatif ini dan ini adalah demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan undang-undang,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Othman berkata, Veteran UMNO melihat kestabilan politik adalah syarat utama untuk menjamin pembangunan negara.

Tegas beliau, tanpa UMNO, KerajaanPerpaduan ini tidak akan wujud dan justeru suara parti itu tidak boleh sama sekali diperkecilkan.

Katanya, Veteran UMNO menyeru semua parti dalam Kerajaan Perpaduan agar menghentikan retorik dalaman yang boleh melemahkan keyakinan rakyat.

“Veteran UMNO dengan ini menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelan bahagi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami percaya bahawa kepimpinan beliau adalah kunci kepada kestabilan parti serta kesinambungan perjuangan UMNO dalam kerajaan perpaduan.

“Sokongan ini penting agar UMNO terus kekal sebagai tonggak utama politik negara dan pelindung kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI