Jambatan runtuh: 70 peratus pemegang akaun air di Muallim terjejas

TANJUNG MALIM – Dianggarkan 70 peratus daripada 12,000 pemegang akaun Lembaga Air Perak (LAP) di Muallim terjejas akibat kejadian Jambatan Lama Sungai Slim runtuh akibat kejadian kepala air pada Jumaat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, gangguan bekalan air itu berlaku ekoran paip air yang patah susulan kejadian jambatan runtuh itu.

Katanya, justeru LAP sedang mengambil langkah perlu dengan membawa kenderaan tangki air untuk membawa bekalan air bersih kepada pengguna yang terjejas.

“Hari ini LAP telah ambil tindakan dengan mula membawa kenderaan-kenderaan tangki air untuk bantuan awal kepada pemegang akaun terjejas.

“Dan dalam pada masa sama, kita sedang menyelesaikan masa itu secepat mungkin kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau situasi semasa Jambatan Lama Sungai Slim di Jalan Slim River – Behrang Hulu, dekat sini yang runtuh, pada Sabtu.

Tambah beliau, dalam itu, ia turut menjejaskan muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting.

Justeru Saarani memberitahu sebuah lagi muka sauk iaitu muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Slim akan digunakan bagi tujuan penyaluran sumber air bersih.

Sementara itu, Pengurus Besar LAP, Lokman Abd Rahim memberitahu, kerja-kerja pembaikan muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting yang terjejas mungkin memakan tempoh masa yang panjang.

“Sekarang kita menjalankan kerja-kerja pembaikan Loji Rawatan Air Sungai Slim kerana selama ini ia berfungsi sebagai loji alternatif.

“Ini kerana kami sebelum ini memang ada perancangan untuk menaik taraf muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kepala air Slim River: Jambatan bailey akan dibina – Saarani

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI