Jangan biar PN rosakkan perpaduan, toleransi di Ayer Kuning – Saarani

TAPAH – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dinasihatkan terus menjaga keharmonian kaum yang dipupuk oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekiranya rakyat Ayer Kuning tersalah memilih calon pada hari pengundian pada Sabtu ia bakal memberi kesan kepada masyarakat Ayer Kuning.

Menurut Saarani, meskipun sebelum ini Barisan Nasional berhadapan dengan tsunami politik, DUN Ayer Kuning masih kekal di bawah pimpinan wakil rakyat parti berkenaan.

Beliau berkata, ia jelas menunjukkan bahawa terdapat asas pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Datuk Azman Mahalan, Datuk Samsudin Abu Hassan dan Allahyarham Ishsam Shahruddin memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India.

“Dari segi kejayaan pemimpin BN memupuk perpaduan itu jelas terbukti dan ia sekarang dirosakkan oleh PN yang cuba datang merampas jawatan itu.

“Mereka cuba mengapi-apikan isu perkauman dengan tujan memecahbelahkan antara persahabatan, persaudaraan yang telah ada antara Melayu, Cina, India dan Orang Asli dengan membangkitkan perkara berkaitan keagamaan, perkauman, bangsa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi temubual bersama Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian, di Command Centre BN, di sini, pada Khamis.

Tambah saarani perkara tersebut amat merbahaya memandangkan kebanyakkan daripada mereka merupakan orang luar yang akan meninggalkan masyarakat Tapah saling bercakaran.

“Sebab itu orang Tapah yang sudah dididik, dipupuk oleh pemimpin sebelum ini hidup secara aman damai, berkasih sayang, bertoleransi kekalkanlah ia. Pilihan terbaik kena pilih calon BN.

“Kalau tersilap pergi pilih calon PN hanya kerana mereka mengadu domba hingga kita saling marah antara satu sama lain,” katanya. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI