‘Jangan biar teknologi goncang perpaduan, percik api perbalahan’

IPOH – Semua pihak diminta untuk tidak sesekali menodai keharmonian negara walaupun berdepan dalam situasi yang mencabar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad juga menyeru rakyat supaya menghargai dan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi negara ketika ini.

“Kerukunan hidup rakyat berbilang kaum mesti selalu disuburkan dengan semangat hormat menghormati.

“Jangan kita biar teknologi duniawi menggoncang perpaduan dengan percikan api perbalahan dan provokasi. Kukuhkanlah semangat persefahaman dengan nilai saling menyayangi dan melengkapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Saarani rakyat negara Jangan keharmonian biar teknologi goncang perpaduan percik api perbalahan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Tambah Saarani, rakyat seharusnya menginsafi nasib negara-negara yang sedang bergelut dengan peperangan seperti di Palestin.

Kata beliau, dalam keadaan itu, rumah tempat berlindung dan ladang yang menjadi punca rezeki musnah, sementara situasi di hospital terus sesak.

“Hati nurani rakyat Malaysia yang cintakan keamanan akan membuatkan setiap jeritan dan tangisan mereka bergema dalam sanubari.

“Ia mengingatkan kita betapa pedih dan azab yang ditanggung tatkala hidup di bawah cengkaman kezaliman yang tiada henti,” ujarnya.

Menurut Saarani lagi, Negeri Perak sentiasa menjadi cerminan kepada kemajmukan Malaysia yang menjadi teladan dalam memberi makna kepada semangat perpaduan.

Di samping itu, beliau mengingatkan semua supaya dapat mempertahankan kemerdekaan tanah air yang mana ia dikecapi selepas melalui cabaran berliku-liku. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Tiada erti merdeka jika pemikiran terbelenggu adu domba’ – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI