Jangan jadi pemimpin jika tidak faham sensitiviti Islam, Akmal ingatkan Kah Leong

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Woo Kah Leong diminta untuk memahami sensitiviti orang Melayu dan umat Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sifat begitu amat diperlukan di Malaysia.

“Kalau tak faham soal sensitif orang Islam dan Melayu di tanah air ini, lebih elok jangan jadi pemimpin! Pergi jual sandwich ham lebih baguslah bro,” kata Dr. Muhamad Akmal.

Beliau mengulas kenyataan Kah Wong berkaitan isu membabitkan penjualan sandwish ham yang menggunakan logo halal secara tidak sah melibatkan kedai serbaneka KK Mart dalam kampus Universiti Malaya.

Dr. Muhamad Akmal berkata, beliau lantang bersuara mengenai isu berkenaan bukan kerana mahu menjadi wira.

Isu terbabit melibatkan isu pengguna yang melibatkan orang Islam dan tindakan menggunakan logo halal secara tidak sah adalah salah di sisi undang-undang.

Sebagai seorang muslim, Dr. Muhammad Akmal berkata, dia bertanggungjawab untuk untuk menyampaikan perkara yang betul kepada masyarakat.

“Saya juga mahu ingatkan ketua DAPSY ini (Kah Leong). Ini bukan soal jadi hero, Ini soal apabila ada orang cuba menipu dan mengkhianati kepercayaan orang Islam untuk menjual produk dengan menipu label halal walaupun hakikatnya mereka tidak dapat langsung sijil halal.

“Ini juga adalah salah disisi undang-undang. Adakah DAPSY juga menyokong tindakan yang salah disisi undang-undang ni?” soal Dr. Muhamad Akmal.

Sebelum itu, Kah Wong berkata, Pemuda DAP berpendapat, seseorang pemimpin sepatutnya membantu masyarakat untuk mengukuhkan perpaduan dan bukan sebaliknya merosakkan apa yang ada.

Menurut beliau, ketika ini suhu politik sedang cuba dipanaskan ke tahap maksimum oleh pihak pembangkang dengan tujuan memecahkan perpaduan negara.

Justeru katanya tidak wajar untuk pemimpin politik seperti Dr. Muhamad Saleh – mensensasikan sesuatu isu seperti yang dilakukannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI