Jangan jadikan kematian mangsa buli sebagai senjata politik – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan kematian mangsa buli sebagai senjata politik.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan menggunakan kematian mangsa buli untuk tujuan penipuan dan hasutan adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Soal media sosial ini, kita kawal (tapi) ada batasnya. Umpamanya yang terbaharu, seseorang yang kata dia itu doktor patologi bagi gambaran (bedah siasat Zara Qairina Mahathir) dan ini meracuni pemikiran jutaan orang sehingga ada rakan, isteri, sahabat bertanya PM (Perdana Menteri) apa ini?

“Orang itu (Zara Qairina) dah terkorban, kemudian kita jadikan ini sebagai satu senjata politik untuk menikam orang lain. Kalau benar tak apa, mana boleh kita mainkan (isu ini) seolah kematian orang itu (digunakan untuk) menipu dan menghasut sebegitu rupa,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI