Jangan remehkan asas pendidikan keluarga – PM

IPOH – Tatkala negara sedang rancak membina kekuatan menerusi perkembangan ekonomi dan pembangunan teknologi, asas pendidikan dan kasih keluarga tidak seharusnya dipinggirkan semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru soal pembentukan keluarga yang sihat dan murni harus menjadi fokus utama.

pendidikan keluarga Anwar Ibrahim asas pendidikan keluarga institusi keluarga Malaysia Dasar Kasih Keluarga Negara DKKN Malaysia keluarga MADANI ucapan Anwar Ibrahim Ipoh dasar keluarga Malaysia peranan ibu bapa mendidik anak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

“Apabila kita bincang soal ekonomi, dan sekarang pula tentang, teknologi maklumat, transformasi digital, transisi tenaga, (dan sebagainya), tetapi pangkalnya masih keluarga.

“Ini peringatan kepada kita, dalam kita riuh rendah atau sibuk mencari dana dan membina kekuatan negara dengan segala kecanggihan sistem pendidikan baru, kemudahan baru, kita jangan remeh serta tinggalkan asas pendidikan keluarga sebagai asas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

pendidikan keluarga Anwar Ibrahim asas pendidikan keluarga institusi keluarga Malaysia Dasar Kasih Keluarga Negara DKKN Malaysia keluarga MADANI ucapan Anwar Ibrahim Ipoh dasar keluarga Malaysia peranan ibu bapa mendidik anak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Mengulas lanjut Anwar berkata, penerapan nilai pendidikan keluarga tidak terletak pada bahu kerajaan semata-mata sebaliknya perlu bermula daripada rumah.

“Dalam Islam ada disebutkan ungkapan ‘Baiti Jannati’ yang bermaksud ‘Rumahku Syurgaku’. Maknanya segalanya perlu berasal pada rumah.

“Oleh itu, ibu bapa bukan sahaja berperanan sebagai pendidik dengan kasih sayang, malah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak,” katanya lagi.

Terdahulu Anwar meluncurkan DKKN dan Jelajah Sejahtera MADANI sebagai langkah strategik memperkukuh institusi keluarga dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Dasar itu dibangunkan bagi menangani cabaran keluarga dalam landskap sosioekonomi, demografi dan digital yang semakin kompleks, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

DKKN menggariskan lima teras strategik yang merangkumi memartabatkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan serta memperkasakan keupayaan perancangan keluarga.

Selain itu, meningkatkan kemampuan dan kualiti keibubapaan; menyokong pemerkasaan keluarga secara inklusif; dan menambah baik pengurusan konflik keluarga.

Pada masa sama, dasar itu turut merangkumi 16 strategi, tiga mekanisme pemudah cara dan 43 tindakan bersepadu bagi memperkukuh institusi keluarga di Malaysia. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warisan bukan beban, aset pacu ekonomi dan pelancongan negara – Anwar

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI